CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rambut Palsu Ada Kutu, Peluh Dan Darah. Tak Geli Ke Pakai?

19-12-2018 11:47 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4296| Komen: 10|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Dengan teknologi yang semakin canggih, kadang-kala agak sukar mengenal pasti rambut tulen dan rambut palsu. Kalau sekali pandang, kita sangkakan memang rambut asli tapi rupa-rupanya si polan mengenakan rambut palsu.

Sumber foto: Google
Ramai selebriti yang memilih untuk menggayakan rambut palsu kerana ia lebih mudah dan cepat.

Tahukah anda terdapat dua jenis rambut palsu yang ada di pasaran? Jenis yang pertama ialah rambut manusia asli, manakala yang kedua ialah rambut sintentik. 

Rambut palsu yang diperbuat daripada rambut manusia asli kelihatan lebih semulajadi, bercahaya, lembut dan beralun. Ia boleh dipotong mengikut citarasa pemakai serta tahan lebih lama sehingga setahun! 


Ada 4 jenis rambut asli yang digunakan iaitu rambut dari bangsa Cina, India, Indonesia dan Eropah/Kaukasian. Majoriti rambut palsu diperbuat daripada rambut Asia. Dua negara yang menjadi sumber utama pembuatan rambut palsu ialah China dan India. 

Rambut palsu Cina lebih lurus dan tidak mudah dikerintingkan, oleh itu agak susah untuk menggayakan rambut Cina. Setiap helai rambut orang Cina lebih tebal dan lurus, berbanding rambut orang India yang halus tetapi lebat. 

Rambut Indonesia pula mudah didapati dan banyak sumbernya, maka ia lebih murah. Rambut Eropah paling mahal kerana sumbernya sangat terhad di pasaran. 

Sumber foto: Google
Di India misalnya, orang awam  mencukur rambut mereka sehingga botak dalam proses penyucian ritual keagamaan. Helaian rambut itu kemudiannya dikutip oleh pihak kuil dan dijual semula secara lelongan. Namun begitu, helaian rambut yang dijual secara murah ini biasanya terdapat darah, peluh dan kutu yang melekat pada rambut asal pemilik. Kalau difikirkan semula, memang menggelikan! 

Proses pembuatan rambut palsu menggunakan rambut manusia asli bermula dengan pengasingan helaian rambut satu demi satu. Kemudian, sekiranya ada kutu, kutu akan dicabut satu persatu. Seterusnya barulah proses membasuh, mengeringkan dan mewarnakan rambut tersebut. Disebabkan prosesnya yang rumit, harga rambut manusia asli tentunya lebih mahal di pasaran. 

Berbeza dengan rambut palsu asli, rambut palsu sintetik diperbuat daripada fiber. Rambut sintetik boleh terus dipakai tanpa perlu penggayaan terlebih dahulu. Fesyen rambutnya tidak mudah terjejas atau rosak, justeru ia lebih sesuai dipakai apabila cuaca berangin. 

Namun begitu,  fesyen rambut sintetik terhad kepada yang sedia ada. Susah untuk mengubah fesyen rambut sintetik yang telah siap dibentuk kerana sifat asal fiber yang tidak mudah berubah bentuk. Rambut sintentik ini biasanya tahan selama 4-6 bulan sahaja. 

Sumber foto: Google
Biasanya, pemakai akan mempertimbangkan harga, masa dan keperluan sebelum memilih jenis rambut palsu yang dikehendaki. 

Bagaimana kalau anda harus memilih rambut palsu, yang mana satu yang anda akan pilih?  -CARI
3

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 19-12-2018 11:58 AM
kan ada sebut dalam artikel yang mereka buang kutu dan cuci rambut tu sebelum dibentuk jadi rambut palsu..
so dah jadi rambut ia bersih la dari sebarang kutu etc..
jadi gunakan la tanpa was was
Quote nisako 19-12-2018 01:01 PM
eiii geli kutu……..
Quote buapakperut 19-12-2018 02:22 PM
teringat ibu yang pakaikan babynya rambut palesu ittew
Quote Beautifulliar. 19-12-2018 02:43 PM
Teringt kt bod mps sane psl rambut plesu nti org yg beli tu memalam asik kne ganggu sbb tuan punye rambut dtg kacau suh pulangkn.
Quote Artemesiaa 19-12-2018 04:09 PM
Tak minat guna yang palsu sebab yang semulajadi dah ok
Quote chinta89 19-12-2018 04:13 PM
dh bersih boleh la pakai.
Quote miemiecha 19-12-2018 04:33 PM
geliiiii..
xpnh try...
xde sbb nk pakai pun yer...
Quote armin 19-12-2018 04:48 PM
Omg baru je beli wig tp sintetik punya. Gelinya bila imagine entah rambut siapa2. Baru nk buat collection wig byk2 sbb tak nak rosakkan rambut color and style kn mcm2 gaya
Quote BabyOnEarth 20-12-2018 11:57 AM
kat mesia penah ada bekas ratu pengumpul rambut pelesu.
alhamdulillah sekarang dh berhijob, apa la agaknya nasib rerambut pelesu sheols tu
Quote MissCarcosa9753 25-2-2019 10:52 PM
{:laugh kutj mati hidup semula ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063672 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top