Nampaknya, kekasih baru Nicki Minaj tidak mendapat restu peminatnya. Hubungan cinta penyanyi rap itu yang baru mengesahkan gosipnya dengan Kenneth Petty di Instagram, dikecam kerana Kenneth dikatakan mempunyai rekod jenayah termasuk merogol dan membunuh.
Menurut sumber TMZ, Kenneth merupakan seorang pesalah laku seks dengan dua rekod jenayah. Pada 1995, Kenneth yang ketika itu beruusia 16 tahun didapati bersalah kerana cuba merogol seorang gadis bawah umur. Selepas keluar dari penjara, Kenneth sekali lagi didakwa kerana terbabit kes bunuh. Bagi kesalahan cubaan merogol, Kenneth meringkuk selama empat tahun di dalam penjara New York. Pendakwa menuduh Kenneth cuba merogol wanita tersebut dengan objek tajam. Bagi kesalahan membunuh pula, Kenneth dipenjarakan selama tujuh tahun dan hanya dibebaskan pada 2013. Tidak jelas bagaimana Nicki dan Kenneth berkenalan, tetapi ramai membuat spekulasi mereka berdua adalah kenalan lama dari Queens. Nicki mengesahkan perhubungan mereka apabila memuat naik sebuah gambar intim di Instagram. Tidak berdiam diri, Nicki mempertahankan teman lelaki barunya itu. "Dia berusia 15 ketika dituduh merogol, manakala gadis itu berusia 16 tahun. Mereka sepasang kekasih ketika itu. "Warga Internet, kamu tidak boleh menentukan cara hidup saya, hidup kamu sendiri tidak terurus," ujarnya membalas kritikan beberapa peminat. Betullah kata orang, kerana seorang lelaki, wanita sanggup mempertahankan apa sahaja walaupun terbukti bersalah. Semoga Nicki sedar sebelum terlambat. - CARI
|
8
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy: Minah ni mmg murah pun. Koser. Baik layan Cardi.
damian_lee replied at 19-12-2018 10:54 PM
Kan baik layam cardi B
Si Nikki ni asik nak gaduh
And plasticl surgery punggung and betis sampa ...
awexgaban7 replied at 20-12-2018 10:23 AM
bad boy baru best kekdahnyaa....
armin replied at 22-12-2018 02:43 AM
Takkan nak kena sendiri baru menyesal. But that’s your problem. Money cant buy you class kalau dah ...
borrow replied at 21-12-2018 09:32 PM
ai bc deyols pnh kapel time nicky 16 thn. Now sambung semula.
Byk juga rekod jenayah heols. Percu ...
awexgaban7 replied at 20-12-2018 10:23 AM
bad boy baru best kekdahnyaa....
gideoncross replied at 2-1-2019 07:42 PM
Ngilu bca part ni, nk pkai sharp object.
borrow replied at 2-1-2019 10:23 PM
Kan. Org mcm ni nak dibuat shuben? choy jah.
ADVERTISEMENT