Nampaknya, kekasih baru Nicki Minaj tidak mendapat restu peminatnya. Hubungan cinta penyanyi rap itu yang baru mengesahkan gosipnya dengan Kenneth Petty di Instagram, dikecam kerana Kenneth dikatakan mempunyai rekod jenayah termasuk merogol dan membunuh.
Kredit foto: Cosmopolitan
Menurut sumber TMZ, Kenneth merupakan seorang pesalah laku seks dengan dua rekod jenayah. Pada 1995, Kenneth yang ketika itu beruusia 16 tahun didapati bersalah kerana cuba merogol seorang gadis bawah umur. Selepas keluar dari penjara, Kenneth sekali lagi didakwa kerana terbabit kes bunuh.
Kredit foto: TMZ
Bagi kesalahan cubaan merogol, Kenneth meringkuk selama empat tahun di dalam penjara New York. Pendakwa menuduh Kenneth cuba merogol wanita tersebut dengan objek tajam. Bagi kesalahan membunuh pula, Kenneth dipenjarakan selama tujuh tahun dan hanya dibebaskan pada 2013.
Kredit foto: RadarOnline
Tidak jelas bagaimana Nicki dan Kenneth berkenalan, tetapi ramai membuat spekulasi mereka berdua adalah kenalan lama dari Queens. Nicki mengesahkan perhubungan mereka apabila memuat naik sebuah gambar intim di Instagram.
Kredit foto: Instagram
Tidak berdiam diri, Nicki mempertahankan teman lelaki barunya itu.
"Dia berusia 15 ketika dituduh merogol, manakala gadis itu berusia 16 tahun. Mereka sepasang kekasih ketika itu.
"Warga Internet, kamu tidak boleh menentukan cara hidup saya, hidup kamu sendiri tidak terurus," ujarnya membalas kritikan beberapa peminat.
Betullah kata orang, kerana seorang lelaki, wanita sanggup mempertahankan apa sahaja walaupun terbukti bersalah. Semoga Nicki sedar sebelum terlambat. - CARI |