CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Kahwin Muda Sampai 25 Tahun Ja? Jawapan Ustaz Ini Pasti Mengejutkan

13-12-2018 11:37 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6680| Komen: 19|Original author: Oleh: Azza



Isu kahwin muda kembali timbul dalam kalangan anak-anak muda sekarang. Ia semakin hangat apabila ada 'ustaz' yang menasihatkan pelajar berkahwin awal kononnya untuk mendapat berkat.

Disebabkan pemahaman yang bercampur-aduk terutamanya bagi remaja yang masih keliru antara mengejar karier dan cita-cita, dua pendakwah yang sebenar memberikan penjelasan mengenai isu kahwin muda ini menggunakan platform media sosial popular, Twitter.

Ustaz Bakhtiar Fitri menjelaskannya menerusi pengalaman sendiri manakala Ustaz Ad-dien pula mengambil dari sumber hadis muktabar beberapa ulama lalu membuat kesimpulan khas.

Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Carian Internet

Ustaz Bakhtiar menjelaskan yang dia mampu untuk kahwin awal kerana membuat beberapa kerja dan bisnes, namun dia terlebih dahulu membahagiakan ibu bapanya hinggalah usianya 27 tahun, baru lah berkahwin. Itu pun dia sudah mengumpul duit sebanyak RM30 ribu ringgit sebagai persediaan supaya tidak menyusahkan ibu bapanya.

Selain itu, setiap individu adalah berbeza, ada ibu bapa yang mengharapkan anak untuk meneruskan hidup dan ada pula golongan yang senang, tidak kisah soal anak kahwin cepat.

Kredit foto: Twitter

Menurut Ustaz Bakhtiar lagi, jika ada ibu bapa yang tidak kisah anaknya kahwin awal, tiada masalah, tetapi mesti bersedia dengan agama dan akhlak yang mulia. Selepas kahwin pula, teruskan membantu ibu dan ayah dengan ikhlas, pasti ada rezeki yang mengalir tanpa disangka-sangka.

"Cuma saya nak pesan, jangan paksa mak ayah untuk izinkan kita kahwin awal. Bagi alasan yang menakutkan mereka pula. Sedangkan kita ada pilihan untuk balas jasa mak ayah dulu. Kenapa nak susahkan lagi orang tua?"

Sementara itu, Ustaz Ad-Dien pula dalam statusnya menyatakan istilah kahwin muda menerusi pandangan orang Malaysia adalah silap. Ini kerana menurut pandangan ulama muktabar terdahulu, pelbagai definisi 'umur muda' yang dimaksudkan dan istimewanya muda itu sendiri boleh mencapai ke angka 50 tahun.
Kredit foto: Carian Internet


Kredit foto: Twitter

Menurut Ustaz Ad-Dien menerusi hadis sahih Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi menganjurkan berkahwin kepada golongan Syabab (iaitu pemuda yang sudah mampu dan berkeinginan). Baca lebih lanjut di bawah.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter
Wah! Memang tidak disangka kan umur 40an pun masih dalam kategori muda mengikut Mazhab Maliki. Jadi bagi Ustaz Ad-dien, tidak perlu kelam kabut mengejar umur untuk berkahwin sedangkan persediaan agama ke arah itu tiada langsung.


Kredit foto: Twitter

"Kahwin bila mampu, bukan ikut trend."
Itu antara komen netizen yang turut bersetuju dengan pendapat kedua-dua ustaz ini. Jadi, jangan terlalu risau bagi mereka yang belum berkahwin, pasti ada hikmahnya kepada anda yang sudah meningkat umur tetapi masih belum berkahwin untuk berkhidmat kepada orang tua terlebih dahulu. Apa pun, kita hanya merancang dan Allah menentukan. Anda kahwin umur berapa? - CARI
12

Bagus
34

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
18

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 13-12-2018 11:50 AM
X kisahler umur brp.. who cares.. yg penting dah mampu sedia.. gatai kahwin muda.. renyam.. x puas enjoy pastu hadap rumahtangga.. kahwin pun x selalu indah.. nasib
Quote Spicymami 13-12-2018 12:38 PM
Klu da mmpu and ada potential jodoh tgh gatal bercinta elok kawin la. Lain la xde gf bf smpi 30 40.

Ni da ada gf since umur 20 an xkn nk hold smpi 40 an baru kawin.
Quote mawar_pink 13-12-2018 03:22 PM
kalo dah mampu kawen jela..ni nak kawen muda n awal tp menyusahkan semua org tu yg buat org marah..trend skrg kawen muda pastu majlis nk grand mengalahkan artis pastu dok bangga kawen awal..
Quote sinalegna 13-12-2018 04:33 PM
Kawen sbb gatai nak ngeseks supo natey jah.. hukaloh
Quote HannahMontana 13-12-2018 10:54 PM
xsemua org ada jodoh awal ,kadang2 andartu terpaksa melupakan  bersanding di usia masih muda  kerana jodoh maish di tadika main lukis-lukis pewarna crayon heheheheh


siapa tahu kan???

ini jodoh lah bodohhhhhhh jgn fikir semua metsi terjadi seperti yg dalam buku sebab takdir Allah melepasi sempadan akal fikiran manusia.
Quote mawar_mustika 16-12-2018 11:50 AM
klu anak orka aku xkesah sgt dieorg nk kawin awal...mak bapak blh support...tp klu dh tau keluarga tu xbrape nk senang patutnye bahagiakn lh mak ayah dlu....dh bertahun dieorg duk tanggung kita sampai menara gading...alih2 pas kluar u berkhidmat utk org yg br kite kenal...bkn xblh nk bahagiakn pd mak ayah lps kawin tp masa tu mmg terhadlh...just my opinion lh
Quote salmon-suki 17-12-2018 08:59 AM
Ramai kawin awal sbb nafsu je,sbb tu lps je kawin ada laa upload kt socmed segala aktiviti suwit sawit tu..dah ler kawin awal ditanggung mak bapak,soal tanggungjawab fail!

Pasangan cmni laa y duk cipta anak2 geng beskal lajak
Quote mawar_mustika 17-12-2018 09:48 AM
gigahertz replied at 16-12-2018 11:59 PM
Laki bini kerja. Tak cukup keja hari biasa keje plak hari minggu + malam. Pastu anak bagi orang ja ...

pembunuh tu dh lps ke? pastu bdk tu mati sia2lh xde pembelaan


Quote mawar_mustika 17-12-2018 09:56 AM
nak tambah lagi....yg lagi hauk prempuan yg blajar tinggi2....mak bapak punyelh bergolok gadai mase ko blajar...alih2 pas abih blajar merenyam nk kawin awal katenye...aku xkisah sgt ko nk kawin awl ke ape tp kejelh dlu...merasalh dlu bagi mak ayah duit hasil penat lelah kita....ini tdk dh abih blajar kawin trus...dh kawin mengandung plak...lg lh malas nk keje....ptptn ko sape nk bayar...nk harapkn laki, klu yg dh stabil hidupnye blh lah tanggung ko byr hutang ko tu...tp klu br sama2 nk bina hidup hmmm...pastu lg haru perkahwinan br sethn jagung cerai...last2 sape yg ko susahkn blk...mak bapak jugak
Quote iznanaziz 17-12-2018 10:03 AM
mawar_mustika replied at 17-12-2018 09:56 AM
nak tambah lagi....yg lagi hauk prempuan yg blajar tinggi2....mak bapak punyelh bergolok gadai mase  ...

betul tu.
apa yg terhegeh2 sgt nak kawin.
keje le dulu, bahagiakan mak ayah
kumpul duit la nak kawin, jgn susahkan mak ayah
kenduri kawin pun pakai duit mak ayah
nak2 yg masih belajar...adoi...
dah pregnant, kena ambik study leave pulak
org dah grad, ko tak lagi...

ada jodoh, ko kawin la
jgn risau

nak membina rumahtangga ni bukan senang..
Quote aechae 17-12-2018 10:19 AM
Dh jodoh x kesah lh umur brapa pn..tp nk kawin make sure x kena ikat perut bercatu makan pakai...
Quote Minami2013 17-12-2018 01:39 PM
Sampai jodoh, kahwin lah tak kisah umur berapa pun...
Quote iznanaziz 21-12-2018 10:09 AM
gigahertz replied at 17-12-2018 01:41 PM
kebanyakkan yang kahwin awal ni siibuk sibuk ikut orang. ada sorang kat fb aku. dia baru kahwin oc ...

kalau aku pun, aku bosan.
awal2 tu posting, cukup la, kita paham
nak war2kan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.171753 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top