Isu kahwin muda kembali timbul dalam kalangan anak-anak muda sekarang. Ia semakin hangat apabila ada 'ustaz' yang menasihatkan pelajar berkahwin awal kononnya untuk mendapat berkat.
Disebabkan pemahaman yang bercampur-aduk terutamanya bagi remaja yang masih keliru antara mengejar karier dan cita-cita, dua pendakwah yang sebenar memberikan penjelasan mengenai isu kahwin muda ini menggunakan platform media sosial popular, Twitter.
Ustaz Bakhtiar Fitri menjelaskannya menerusi pengalaman sendiri manakala Ustaz Ad-dien pula mengambil dari sumber hadis muktabar beberapa ulama lalu membuat kesimpulan khas.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Ustaz Bakhtiar menjelaskan yang dia mampu untuk kahwin awal kerana membuat beberapa kerja dan bisnes, namun dia terlebih dahulu membahagiakan ibu bapanya hinggalah usianya 27 tahun, baru lah berkahwin. Itu pun dia sudah mengumpul duit sebanyak RM30 ribu ringgit sebagai persediaan supaya tidak menyusahkan ibu bapanya.
Selain itu, setiap individu adalah berbeza, ada ibu bapa yang mengharapkan anak untuk meneruskan hidup dan ada pula golongan yang senang, tidak kisah soal anak kahwin cepat.
Kredit foto: Twitter
Menurut Ustaz Bakhtiar lagi, jika ada ibu bapa yang tidak kisah anaknya kahwin awal, tiada masalah, tetapi mesti bersedia dengan agama dan akhlak yang mulia. Selepas kahwin pula, teruskan membantu ibu dan ayah dengan ikhlas, pasti ada rezeki yang mengalir tanpa disangka-sangka.
"Cuma saya nak pesan, jangan paksa mak ayah untuk izinkan kita kahwin awal. Bagi alasan yang menakutkan mereka pula. Sedangkan kita ada pilihan untuk balas jasa mak ayah dulu. Kenapa nak susahkan lagi orang tua?"
Sementara itu, Ustaz Ad-Dien pula dalam statusnya menyatakan istilah kahwin muda menerusi pandangan orang Malaysia adalah silap. Ini kerana menurut pandangan ulama muktabar terdahulu, pelbagai definisi 'umur muda' yang dimaksudkan dan istimewanya muda itu sendiri boleh mencapai ke angka 50 tahun.
Kredit foto: Carian Internet
Kredit foto: Twitter
Menurut Ustaz Ad-Dien menerusi hadis sahih Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Nabi menganjurkan berkahwin kepada golongan Syabab (iaitu pemuda yang sudah mampu dan berkeinginan). Baca lebih lanjut di bawah.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Wah! Memang tidak disangka kan umur 40an pun masih dalam kategori muda mengikut Mazhab Maliki. Jadi bagi Ustaz Ad-dien, tidak perlu kelam kabut mengejar umur untuk berkahwin sedangkan persediaan agama ke arah itu tiada langsung.
Kredit foto: Twitter
"Kahwin bila mampu, bukan ikut trend."
Itu antara komen netizen yang turut bersetuju dengan pendapat kedua-dua ustaz ini. Jadi, jangan terlalu risau bagi mereka yang belum berkahwin, pasti ada hikmahnya kepada anda yang sudah meningkat umur tetapi masih belum berkahwin untuk berkhidmat kepada orang tua terlebih dahulu. Apa pun, kita hanya merancang dan Allah menentukan. Anda kahwin umur berapa? - CARI
|