Selepas sembilan jam menanggung kesakitan akibat kepala tersepit pada batang besi pagar rumahnya, seorang wanita akhirnya diselamatkan selepas jirannya menyedari keadaannya itu.
Memetik The Nation, kejadian berlaku di Nakhon Ratchasima di mana jirannya terlihat Aree Peklang dalam keadaan mencangkung dan kepalanya tersepit pada pagar berkenaan jam 4.45 pagi sebelum menghubungi unit kecemasan Hospital Khong bagi mendapatkan bantuan. Anggota mengambil masa selama lima minit untuk membantu melepaskan kepala Aree dengan menggunakan pemotong besi. Difahamkan, posisi mangsa ketika ketika kejadian menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas.
Selepas menerima rawatan kecemasan, Aree dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Menurut Aree, dia terjatuh ketika berjalan masuk ke rumahnya pada jam 7 malam Isnin menyebabkan kepalanya tersepit pada pagar berkenaan. - CARI
|
7
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cheergirlz replied at 30-11-2018 04:20 PM
errmm..mcm mna terjatuh kpala boleh tersepit kat pagar?
kroit92 replied at 1-12-2018 10:12 PM
tersungkur head first kut
mungkin ada masalah balance body
ADVERTISEMENT