Seorang penunggang motosikal patah kaki dan paha kanan selepas dilanggar sebuah van yang berhenti secara tiba-tiba untuk melihat kemalangan maut di Kilometer 336.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Dungun, jam 8 malam tadi.
Harian Metro melaporkan dalam kejadian, pemandu berusia 50-an itu secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri dari lorong kanan sebelum melanggar motosikal ditunggang Aziz Ismail, 57, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak, Selangor. Pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik sebelum Aziz terperosok di bawah kereta milik wartawan bertugas di lokasi kemalangan maut terbabit. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dibantu orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dengan ambulans.
“Mangsa yang patah kaki dan paha kanannya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. “Pemandu van terbabit kemudiannya datang ke Balai Trafik Dungun untuk membuat laporan,“ katanya. - CARI
|
8
Bagus |
14
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT