CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rugi Besar Pergi Penang Tak Singgah! Nah 10 Tempat Makan Viral Buat Anda Terduduk Kekenyangan

6-12-2018 11:28 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 18301| Komen: 39|Original author: Oleh: Nameera

Sumber Foto: Google

Penang cukup terkenal sebagai 'syurga makanan'. Dari nasi Kandar hinggalah makanan sampingan lain semuanya berada di sini. 

Ini senarai makanan viral dan menjadi pilihan ramai jika berkunjung ke Pulau Mutiara. 

1. Deen Maju


Sejukkan tekak anda bersama kopi peng di gerai Untie Evelyn Ang. Setelah di viralkan, gerai ini sentiasa menjadi tumpuan siapa sahaja yang berkunjung ke Pulau Pinang. Siapa  yang tidak jatuh cinta dengan kopi kaw yang boleh dinikmati bersama roti bakar, cukup ngam!

Waktu Operasi : 8.00am-5.30pm
Lokasi : 162, Lebuh Noordin, 10300 Georgetown


4. Fruitmade
Sumber Foto: Google
Penuh  dengan kreayiviti dan seni. Namun,ia  tidak membataskan rasa yang cukup menyegarkan apabila menikmatinya. Di samping pilihan jus yang baru diperah, di sini juga menawarkan beberapa smoothie buah-buahan yang disyorkan untuk anda mencubanya.

Waktu Operasi : 10.00am-6.00pm
Lokasi : 6, Lebuh Cannon, George Town


5. Kareem Pasembur Rojak
Sumber Foto: Google

Kuah yang pekat dan kemerah-merahan amat menepati citarasa sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Malah harganya  yang sangat berpatutan, membuatkan  gerai ini sentiasa disinggahi ramai orang untuk menikmati rojak yang dikatakan antara rojak paling sedap di Pulau Pinang.

Waktu Operasi : 10am- 6pm (Ahad Tutup)
Lokasi :  7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town


6. Nurul Ikan Bakar
Sumber Foto: Google

Nurul Ikan Bakar adalah antara tempat terkenal untuk makan malam . Selain ikan bakar, restoran ini juga menawarkan masakan lain yang pasti membuka selera anda dan seisi keluarga. Antaranya,udang goreng mentega, ketam goreng cili, ikan tiga rasa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, nikmatilah pengalaman makan malam di tempat duduk di atas pokok.

Waktu Operasi : Isnin-Khamis (5.00pm-1.00am) | Jumaat-Ahad (5.00pm-2.00am)
Lokasi : Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, Gelugor 


7. Sany Char Kuey Tiaw
Sumber Foto: Google
Sany Char Kuey Tiaw antara tempat pilihan pelanggan di waktu malam. Ia tidak jauh dari kawasan tapak Pesta Penang dan berdekatan dengan tokong ular.

Waktu Operasi : 7.00pm-12.00am
Lokasi : 4, Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang


8. Laksa Janggus
Sumber dari internet
Selain dari pasembur dan nasi kandar, Laksa Penang cukup tidak lari sebagai antara makanan popular di Pulau Pinang. Untuk itu, apa kata anda rasa sendiri keenakan Laksa Janggus yang sering diperkatakan ini. Adakah ia menikmati citarasa anda?

Waktu Operasi : 3.30pm-8.00pm (Rabu Tutup)
Lokasi : Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, 11020 Balik Pulau


9. Hutton Lane Roti Bakar
Sumber Foto: Google
Warung yang cukup sesuai untuk anda bersarapan pagi ini, sangat terkenal di Pulau Pinang dengan aneka rotinya yang cukup menyelerakan. Antara menu yang sering menjadi kegemaran adalah roti bakar, cheese dan egg roti canai, dan roti bakar dan telur goyang cheese.

Waktu operasi : 5.30am - 2.00pm
Lokasi : 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town 


10. Mee Sotong Hameed Pata 
Sumber Foto: Google

Untuk penggemar mi, inilah restoran yang layak untuk anda nikmati mi goreng dan mi rebus yang dikolaborasikan bersama sambal sotong. Agak unik tetapi rasanya cukup menyelerakan. Cara mi dihidangkan di sini adalah dengan meletakkan sambal sotong di atas mee yang sudah disediakan. 

Waktu Operasi : 11.00am-8.00pm (Ahad Tutup)
Lokasi : 19, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Selain itu terdapat banyak lagi restoran yang boleh anda kunjungi di Penang, dan ini hanyalah antara senarai yang terbaik dari yang terbaik.  -CARI
16

Bagus
21

Marah
15

Terkejut
24

Sedih
18

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 6-12-2018 11:40 AM
cuti sekolah ni ramai gi penang. dengan pesta lagi. yang sany tu memang sedap dan murah.tapi ada longkang beso. yang tepi2 jalan tu byk yang tak bersih. try nasi 7 benua pn ok
Quote manehnya 6-12-2018 11:42 AM
ni lecey, nak kena line ngan orang luar,

nak makan pun payah
Quote doubleA 6-12-2018 11:54 AM
Iols prefer sany char koay teow kat bayan baru, depan old town white coffee bayan baru dekat area sunshine square tu
Quote chicozinn 6-12-2018 12:47 PM
nape pak man mi kuah ketam kat BM xmsuk??femes kot kat ceruk tok kun sana..

aduh, tetiba nak amik cuti short vacay je skang ni..keje hari2 stres weyh xckup rehat
Quote matkpop 6-12-2018 01:41 PM
@Foxey
Quote keds 6-12-2018 02:10 PM
Ada lagi yg sedap.... Orang Penang toksah dok habaq la rahsia... Jenuh satgi pi beratuq dgn org luar .
Quote NmeeraR 6-12-2018 02:22 PM
Banyak lagi yang sedap dekat penang...
Quote NmeeraR 6-12-2018 02:23 PM
Tak cukup patah perkataan ni... nak list semua
Quote Minami2013 6-12-2018 02:30 PM
keds replied at 6-12-2018 06:10 AM
Ada lagi yg sedap.... Orang Penang toksah dok habaq la rahsia... Jenuh satgi pi beratuq dgn org luar ...

Jangan lah rahsia... sharing is caring gituuuu
Quote BT10 6-12-2018 03:31 PM
doubleA replied at 6-12-2018 11:54 AM
Iols prefer sany char koay teow kat bayan baru, depan old town white coffee bayan baru dekat area su ...

salam geng.......org islam punya ke ni.........?

Quote doubleA 6-12-2018 04:36 PM
BT10 replied at 6-12-2018 03:31 PM
salam geng.......org islam punya ke ni.........?

Islam la melayu lagi
Quote EncikRhoma 6-12-2018 05:06 PM
laksa janggus overrated. Sama je dgn laksa kat mana2. takde spesial pun
Quote NmeeraR 7-12-2018 02:00 PM
EncikRhoma replied at 6-12-2018 05:06 PM
laksa janggus overrated. Sama je dgn laksa kat mana2. takde spesial pun

yes... tapi rasanya ada jumpa yg lagi sedap...
apapun... jd tempat favorit org juga... citarasa lain-lain kot .
Quote amyza 7-12-2018 05:28 PM
Mee sotong tu mee goreng biasa letak sambal sotong kat atas??
Feberet i kalau pegi penang makan mee udang jer dah cukup.hari2 makan pun takpe.
Quote HS357 7-12-2018 08:54 PM
semua x mnarik
Quote alien88 10-12-2018 12:14 PM
Fruitmade & Hutton Lane Roti Bakar belum pernah try lagi, nk cari la lepas habis cuti sekolah, kalau x, jenuh nak beratur

kalau Sany Char Kuey Tiaw iolls suka dkt Tokong Ular tu..
Quote Foxey 11-12-2018 05:02 PM

we need to try some!
Quote thelittlestar 12-12-2018 08:28 PM
sedapnya~~
Quote izzah_mia 13-12-2018 03:17 PM
EncikRhoma replied at 6-12-2018 05:06 PM
laksa janggus overrated. Sama je dgn laksa kat mana2. takde spesial pun

laksa ni tak sedap. kuah cair. baik pekena laksa kat padang kota..medan selera tu. kuah pun pekat. ada rasa

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.182889 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top