CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Usah Kecam Ardell Aryana, Kita Tidak Mahu Peristiwa Menimpa Elyana Berlaku Lagi

22-11-2018 12:31 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7876| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza





"Kata sakit tapi Ardell Aryana elok ja berlakon, siap bawa watak garang marah boyfriend. Tak ngaku lak tu!"

Itu antara komen netizen apabila melihat sedutan lakonan Ardell Aryana bersama Nadzmi Adhwa yang akan bersiaran hujung minggu ini. Dalam video pendek tersebut jelas Nadzmi menyakat Ardell dengan menyatakan rasa janggal dengan situasi mereka berdua. Namun, jelas dengan kapsyen video serta gambar yang dimuat naik menunjukkan rasanya yang penuh bunga-bunga terhadap wanita ini.

Sementara Ardel juga memuat naik video berkenaan pembikinan video muzik yang sama dengan kapsyen 'Demi Anda'. Anda yang dimaksudkan adalah peminatnya yang selama ini meminta hasil karya terbaru Ardell.



Bagi Ardell, dia akan cuba sedaya upaya menjawab setiap pertanyaan di ruangan komennya dan menganggap sokongan peminatnya adalah penguat dirinya. Jadi segala prasangka negatif mahu dilemparkan jauh tanpa perlu mengambil hati. Jadi, apabila ada yang bertanya adakah kemunculannya kembali kerana peminat atau Nadzmi, Ardell menyatakan kerana kedua-duanya.

Kredit foto: IG

Tanpa menghiraukan komen-komen negatif, Ardel sentiasa mengemaskini akaunnya dengan nada positif dan mahu membahagiakan ibunya.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Sementara itu, Nadzmi di laman Instagramnya menyatakan tidak semestinya perhubungan lelaki dengan wanita akan berakhir dengan percintaan kerana dia lebih mempercayai konsep persahabatan yang lebih melebihi segala-galanya. Dalam konteks tersebut jelas menunjukkan yang Nadzmi menghargai Ardell sebagai sahabat.


Biarpun masih merahsiakan sakitnya dari khalayak umum, Ardell tetap bersemangat melakukan pelbagai aktiviti serta mengabaikan kata-kata negatif. Begitulah yang sepatutnya, kita tidak mahu Ardell turut menerima nasib sama dengan Elyana yang putus asa hanya kerana mulut netizen yang tidak bertanggungjawab. Sebarkan kebahagiaan bukannya kecaman. - CARI 


7

Bagus
8

Marah
19

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haisanor 22-11-2018 12:49 PM
netizen pun lahai... kalau sakit tu nak kena tunjuk muka sugul ke? tak bermaya gitu.. baru puas hati rupa orang sakit yang sebenar agaknya.. tak kena pada diri sendiri cakap la macam2..
Quote gujiwa 22-11-2018 12:51 PM
oh tuhan kenapa la aku tak kenal dorng ni..
Quote ayjay 22-11-2018 01:05 PM
Someone dying or even if they aren't should be commended for living their lives to the fullest.
Lol. Mentaliti melayu kalau tua kalau sakit kena duduk surau sembahyang dan baca quran 24/7  
Quote eyansss 22-11-2018 01:10 PM
kang tunjuk sakit lemah tak berdaya, kata tarik simpati... hahaha... bawang betul netizen ni...
Quote whadda 22-11-2018 01:31 PM
biar la dia menikmati kehidupan dia.. takkan memanjang nak tunjuk sugul.. yang bercakap tu tak tau ke klo orang sakit ni kene sentiasa positif dan ceria
Quote gummiebear 22-11-2018 01:36 PM
Habis tu takkan nak kena melepek atas katil jah menunggu mati? Let her live her life and be happy. Bitter much netizen ni pun
Quote mieymiey 22-11-2018 01:39 PM
Selagi tak terlantar atas katil dengan muka cengkung, netizen takkan percaya
Quote Managerara 22-11-2018 01:45 PM
dedulu sape mengutuk elyana buat2 sakit..tgk sian die skg..tak terlarat menahan sakit,camtu baru korang suke kot..
Quote RatuDunia94 22-11-2018 01:55 PM
Deols ni mmg kena hari2 bersama ke?
Quote chicozinn 22-11-2018 02:11 PM
RatuDunia94 replied at 22-11-2018 01:55 PM
Deols ni mmg kena hari2 bersama ke?

bukan lom kawen ke?hari2 berjumpa tapi friendzone acaner tu?
Quote Iris. 22-11-2018 02:16 PM
sakit cancer ni kan... dia dah hujung2 baru kau blh tengok dia sakit teruk
yang duduk atas katil kalau masih awal2 tu kesan chemo
sebab tu elyana nampak sihat..

entahlah susah nak cakap
harap netizen jaga sikit jari jemari tu lah sebelum nak mengata
takut apa yang kita tulis esok lusa kena kat batang hidung balik
*pesan untuk diri sendiri jua
Quote xhyd 22-11-2018 05:33 PM
semoga pulih seperti sedia kala
Quote debab76 22-11-2018 06:41 PM
Bdohnya netizen. byk sgt tgk drama melayu pukul 7 gitewla!! choyy!
Quote jpbstarlife 23-11-2018 11:12 AM
semoga cepat sembuh ardell.. pedulikan apa kata netizen ni yg penting ko pandang apa kata Allah kat ko ye..


#donenasihat
Quote lilagrace 23-11-2018 11:22 AM
Aku sorang je ke tak kenal mereka ini
Quote Keropok12 25-11-2018 03:38 AM
Pebenda doh netizen ni perangan camsial je buli orang sakit.
Quote hangdenim 25-11-2018 03:47 AM
lilagrace replied at 23-11-2018 11:22 AM
Aku sorang je ke tak kenal mereka ini

Ada sorang lagi atas tadi...
Quote aaz 17-1-2019 08:16 PM
Sikap melayu netizen yang nak kena ubah - selalu berprasangka, berfikiran negatif, mulut(jari) busuk, suka menjatuh dan mengaibkan.. Tak luak pun duit kome kalau setakat nak bagi pujian atas semangat kuat orang lain. Just be positive. Buang2 la segala negativity supaya kita jadi bangsa yang berdaya saing, saling mendokong dan menyokong
Quote aaz 17-1-2019 08:16 PM
Sikap melayu netizen yang nak kena ubah - selalu berprasangka, berfikiran negatif, mulut(jari) busuk, suka menjatuh dan mengaibkan.. Tak luak pun duit kome kalau setakat nak bagi pujian atas semangat kuat orang lain. Just be positive. Buang2 la segala negativity supaya kita jadi bangsa yang berdaya saing, saling mendokong dan menyokong

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056083 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top