View: 6504|Reply: 20
|
Usah Kecam Ardell Aryana, Kita Tidak Mahu Peristiwa Menimpa Elyana Berlaku Lagi
[Copy link]
|
|
"Kata sakit tapi Ardell Aryana elok ja berlakon, siap bawa watak garang marah boyfriend. Tak ngaku lak tu!"
Itu antara komen netizen apabila melihat sedutan lakonan Ardell Aryana bersama Nadzmi Adhwa yang akan bersiaran hujung minggu ini. Dalam video pendek tersebut jelas Nadzmi menyakat Ardell dengan menyatakan rasa janggal dengan situasi mereka berdua. Namun, jelas dengan kapsyen video serta gambar yang dimuat naik menunjukkan rasanya yang penuh bunga-bunga terhadap wanita ini.
Sementara Ardel juga memuat naik video berkenaan pembikinan video muzik yang sama dengan kapsyen 'Demi Anda'. Anda yang dimaksudkan adalah peminatnya yang selama ini meminta hasil karya terbaru Ardell.
Bagi Ardell, dia akan cuba sedaya upaya menjawab setiap pertanyaan di ruangan komennya dan menganggap sokongan peminatnya adalah penguat dirinya. Jadi segala prasangka negatif mahu dilemparkan jauh tanpa perlu mengambil hati. Jadi, apabila ada yang bertanya adakah kemunculannya kembali kerana peminat atau Nadzmi, Ardell menyatakan kerana kedua-duanya.
Tanpa menghiraukan komen-komen negatif, Ardel sentiasa mengemaskini akaunnya dengan nada positif dan mahu membahagiakan ibunya.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Sementara itu, Nadzmi di laman Instagramnya menyatakan tidak semestinya perhubungan lelaki dengan wanita akan berakhir dengan percintaan kerana dia lebih mempercayai konsep persahabatan yang lebih melebihi segala-galanya. Dalam konteks tersebut jelas menunjukkan yang Nadzmi menghargai Ardell sebagai sahabat.
Biarpun masih merahsiakan sakitnya dari khalayak umum, Ardell tetap bersemangat melakukan pelbagai aktiviti serta mengabaikan kata-kata negatif. Begitulah yang sepatutnya, kita tidak mahu Ardell turut menerima nasib sama dengan Elyana yang putus asa hanya kerana mulut netizen yang tidak bertanggungjawab. Sebarkan kebahagiaan bukannya kecaman. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
netizen pun lahai... kalau sakit tu nak kena tunjuk muka sugul ke? tak bermaya gitu.. baru puas hati rupa orang sakit yang sebenar agaknya.. tak kena pada diri sendiri cakap la macam2.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh tuhan kenapa la aku tak kenal dorng ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Someone dying or even if they aren't should be commended for living their lives to the fullest.
Lol. Mentaliti melayu kalau tua kalau sakit kena duduk surau sembahyang dan baca quran 24/7 |
|
|
|
|
|
|
|
kang tunjuk sakit lemah tak berdaya, kata tarik simpati... hahaha... bawang betul netizen ni... |
|
|
|
|
|
|
|
biar la dia menikmati kehidupan dia.. takkan memanjang nak tunjuk sugul.. yang bercakap tu tak tau ke klo orang sakit ni kene sentiasa positif dan ceria |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu takkan nak kena melepek atas katil jah menunggu mati? Let her live her life and be happy. Bitter much netizen ni pun |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi tak terlantar atas katil dengan muka cengkung, netizen takkan percaya |
|
|
|
|
|
|
|
dedulu sape mengutuk elyana buat2 sakit..tgk sian die skg..tak terlarat menahan sakit,camtu baru korang suke kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Deols ni mmg kena hari2 bersama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan lom kawen ke?hari2 berjumpa tapi friendzone acaner tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit cancer ni kan... dia dah hujung2 baru kau blh tengok dia sakit teruk
yang duduk atas katil kalau masih awal2 tu kesan chemo
sebab tu elyana nampak sihat..
entahlah susah nak cakap
harap netizen jaga sikit jari jemari tu lah sebelum nak mengata
takut apa yang kita tulis esok lusa kena kat batang hidung balik
*pesan untuk diri sendiri jua |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pulih seperti sedia kala |
|
|
|
|
|
|
|
Bdohnya netizen. byk sgt tgk drama melayu pukul 7 gitewla!! choyy! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh ardell.. pedulikan apa kata netizen ni yg penting ko pandang apa kata Allah kat ko ye..
#donenasihat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sorang je ke tak kenal mereka ini |
|
|
|
|
|
|
|
Pebenda doh netizen ni perangan camsial je buli orang sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
lilagrace replied at 23-11-2018 11:22 AM
Aku sorang je ke tak kenal mereka ini
Ada sorang lagi atas tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Sikap melayu netizen yang nak kena ubah - selalu berprasangka, berfikiran negatif, mulut(jari) busuk, suka menjatuh dan mengaibkan.. Tak luak pun duit kome kalau setakat nak bagi pujian atas semangat kuat orang lain. Just be positive. Buang2 la segala negativity supaya kita jadi bangsa yang berdaya saing, saling mendokong dan menyokong |
|
|
|
|
|
|
|
Sikap melayu netizen yang nak kena ubah - selalu berprasangka, berfikiran negatif, mulut(jari) busuk, suka menjatuh dan mengaibkan.. Tak luak pun duit kome kalau setakat nak bagi pujian atas semangat kuat orang lain. Just be positive. Buang2 la segala negativity supaya kita jadi bangsa yang berdaya saing, saling mendokong dan menyokong |
|
|
|
|
|
|
| |
|