Seorang penuntut Universiti Dundee berasa bimbang apabila menyedari seseorang telah meniru gaya hidupnya di sosial media selama dua tahun.
Memetik Mail Online, seorang wanita bukan saja didakwa meniru gaya, malah pakaian serta kapsyen Chloe Cowan di Instagram turut 'diciplak' gadis misteri itu. Lebih menakutkan, gadis misteri itu turut meniru video serta beberapa gambar Chloe dan bapanya yang sudah meninggal dunia. Gadis itu juga dipercayai meniru nama akaun Instagram Chloe @chloecowan17xo dengan menggunakan akaun @honeybasra18xo. Pada Isnin, kakak Chloe, Linzi Cowan memuat naik sebuah posting mendedahkan kejadian pelik yang berlaku kepada adiknya itu, sekali gus memberi amaran mengenai bahaya media sosial kepada orang ramai. Dalam perkongsian itu, Linzi sertakan beberapa gambar perbandingan adiknya dan gadis misteri berkenaan sebagai bukti sokongan dakwaannya. "Adik saya, Chloe menuntut di Universiti Dundee dan terdapat seorang gadis lain yang juga tinggal di Dundee telah meniru kehidupannya di Instagram selama hampir dua tahun. "Tingkah lakunya sudah melampau hingga sanggup meniru video daripada album foto yang dikongsikan Chloe ketika ayah kami meninggal dunia (ia membuatkan saya berasa seram sejuk apabila berfikir tentangnya). "Gadis ini tidak mengikuti Chloe di Instagram, namun mencipta satu akaun palsu untuk menghendap adik saya tanpa pengetahuannya. "Adik saya tidak sepatutnya bersembunyi kerana bimbang dihendap seseorang yang meniru gaya hidupnya. Ini sudah melampau!" katanya. Bagaimanapun, posting yang dikongsi sebanyak 11,000 kali itu dilaporkan sudah dipadam selepas mendapat perhatian media tempatan. Malah, honeybasra18xo juga didapati telah memadam akaun Instagramnya. Menurut polis Scotland, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan masih belum mengenal pasti identiti pengguna Instagram terbabit serta motif dia melakukannya. - CARI
|
31
Bagus |
26
Marah |
38
Terkejut |
22
Sedih |
27
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT