Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak boleh dihadapkan perintah menghina mahkamah kerana melanggar prosedur mahkamah. Memetik MalaysiaKini, Najib dikatakan enggan masuk ke kandang tertuduh ketika perbicaraan kes berkaitan 1MDB pada 16 November lalu.
"Saya cadangkan pihak pendakwaan agar memulakan prosiding menghina mahkamah jika Najib terus enggan duduk di kandang tertuduh pada masa akan datang. "Beliau boleh dihukum penjara jika didapati bersalah," kata Mohd Haniff Khatri Abdulla. Menurut Haniff, setiap individu perlu diberi layanan sama rata di bawah undang-undang.
Sementara itu, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berkata, Najib layak dihukum kerana menghina mahkamah. "Sangat tidak wajar untuk bekas perdana menteri, yang juga tertuduh, untuk enggan memasuki kandang tertuduh ketika pengurusan kes. "Sebagai pihak yang dituduh, beliau jelas dengan niat menunjukkan rasa tidak hormat kepada mahkamah. "Beliau memilih untuk tidak mematuhi arahan mahkamah walau berulang kali diminta berbuat demikian," katanya kepada Malaysiakini. Difahamkan, Najib tetap berada di tempat duduknya di kerusi sebelah kandang tertuduh selepas dua kali pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta polis mahkamah mengarahkannya masuk ke kandang tertuduh pada Jumaat lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - CARI
|
30
Bagus |
20
Marah |
35
Terkejut |
20
Sedih |
20
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wirazam replied at 20-11-2018 01:35 PM
Cepat masuk lokap, cepat la ada prk parlimen pekan...
Wonder siapa yg akan jd calon bn utk pertahan ...
MarryPottet replied at 28-11-2018 12:38 AM
Atau Mungkin umngok akan calonkan artis asal pekan yg gigih berkempen untuk umngok/bngok di zaman ...
ADVERTISEMENT