"Ingin saya jelaskan maksud lagu tersebut bukan untuk penyanyi remaja itu." Lagu terbaru Waris berjudul Artifisial sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila liriknya dikatakan kurang senang didengari.
Terbaru, timbul pula desas-desus kononnya lagu itu ditujukan kepada Ben Ladin. Waris, 28, bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Dia sebaliknya menyatakan lagu itu bersifat umum. "Ada yang komen di YouTube kata saya sindir Ben Ladin. Saya dah kenal Ben sejak tujuh tahun lalu.
"Dia banyak belajar dengan saya dan kami dah kenal hati budi, jadi lagu itu dicipta bukan untuk menyerang dia. "Lagu ini merupakan sindiran terbuka untuk rapper wanna be yang tak ada bakat tapi cuba-cuba nak terjun dalam muzik ini, siapa orangnya? Biarlah pendengar terus meneka!" katanya kepada mStar Online. Dalam masa sama, Waris mengingatkan bakat baru dalam muzik hiphop supaya menghormati artis senior yang telah lama memperjuangkan genre itu. "Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong hormat. "Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya orang tak salah faham. Ada benda boleh buat, ada benda tak boleh. "Kita dulu buat muzik susah, bukan naik cara senang. Kena lalu dari bawah, tak boleh main belasah dan mengaku diri rapper," katanya. Bercerita mengenai lirik lagunya, Waris mengakui ia kedengaran agak kasar dan lucah. "Sebelum video muzik dimainkan kita dah maklumkan bahawa ia untuk pendengar dengan bimbangan ibu bapa kerana kita sedar ada sesetengah lirik bunyinya kasar. "Tapi ia bukan berunsur lucah, sebaliknya memiliki maksud mendalam sebagai kiasan dan tidak menghina mana-mana golongan. "Lirik berbentuk sindiran itu perkara biasa dalam muzik rap, cuma tengoklah siapa terasa. Buat masa ni belum ada yang balas lagi," katanya. Katanya, Waris akan muncul dengan lagu baru berjudul Balik Kampung. Mungkingkah liriknya juga bakal mengandungi sindiran kepada mana-mana pihak? - CARI |
24
Bagus |
34
Marah |
32
Terkejut |
37
Sedih |
22
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Buat masa ni belum ada yang balas lagi
"Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong hormat.
"Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya orang tak salah faham. Ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.
chikumanis replied at 16-11-2018 05:00 PM
bro, joe flizzow, nico, 4u2c, kru n so on so on rappers dolu kala pun takde nak cakap mcm ni bro ...
fixit replied at 16-11-2018 05:06 PM
rapper wannabe yg takde bakat? who dat?
aammyy replied at 16-11-2018 09:28 PM
Takkan ameliath kot?
gerbera.memopad replied at 16-11-2018 11:18 PM
Kira lagu diss la ni eh?
Diss track ni memang biasa di kalangan rappers barat. Saling balas-memba ...
ADVERTISEMENT