Diabetes atau biasanya dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM) yang merupakan satu keadaan serius berlaku kepada wanita hamil apabila paras glukosa darah lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
Mengikut pengalaman penulis, sebaik disahkan menghidap GDM, doktor mengarahkan untuk menyuntik insulin sehari sekali sebelum tidur. Doktor memaklumkan untuk menyuntik insulin sama ada pada peha atau perut kerana kawasan ini selalunya lebih tebal selain perlu mengikuti dan mengamalkan diet khas. Hasilnya, berat badan hanya naik empat kilogram sahaja sepanjang sembilan bulan kehamilan. Di sini, penulis kongsikan sedikit tip daripada Dr Hamid Arshat antara langkah-langkah mengawal dan mencegah diabetes; 1. Ikuti nasihat doktor yang merawat Jika diarahkan makan ubat saperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh. Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, selepas puasa, selepas makan dan dua jam selepas makan. 2. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan Nasi, mi, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, aiskrim dan lain-lain kesemuanya mengandungi karbohidrat dan gula. Kurangkan kuantiti makanan dan makan ikut jadual bagi sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta lauk berasaskan protein. 3. Makanan yang perlu dikurangkan - Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi. - Jauhkan makanan yang mengandungi gluten seperti gandum, germa gandum, barli dan bijirin. Gluten mencetuskan keradangan dan meningkatkan hormon steroid, sekali gus menyebankan tahap gula meningkat. - Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 kasein yang sama tindakannya seperti gluten. Anda boleh menukar kepada susu kambing. - Jauhkan minyak soya, minyak canola dan minyak jagung. Minyak kelapa dan kelapa sawit lebih baik. - Jauhkan produk GMO seperti soya dan jagung diimport dari luar negara. - Jauhkan semua minuman keras. 4. Makanan yang disyorkan - Makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nanas atau oat. - Makanan yang mengandungi kromium seperti brokoli, raw cheese, kacang hijau dan kacang panjang. - Magnesium seperti bayam, badam, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak seperti salmon, makerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organik. - Lemak-lemak baik - Minyak kelapa - Makanan rendah gula, kekacang, biji labu, kuaci, buah beri, avokado. 5. Supplemen, gantian gula, herba Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah; a. Kayu Manis (cinnamon) Kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides disamping meningkatkan HDL cholesterol dalam darah. b. Peria (bitter gourd) Kajian menunjukkan peria boleh mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes seperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salur darah. Di pasaran terdapat jualan kapsul dan tablet peria. c. Alpa Lipoic acid Ini satu jenis antioksida yang membantu metabolisme glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama adalah daripada brokoli, bayam dan tomato. d. Fish oil 1000 mg setiap hari Ia membantu meningkatkan insulin sensitivity dan mengurangkan keradangan. Bertindak mengawal kolestrol dan meningkatkan HDL, seklai gus membantu mengawal diabetes. e. Gantian gula Sweetener atau pemanis P3 - Berasal dari gula tebu dan diproses dengan teknologi Nano. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati di pasar raya seperti Mydin. Sesuai untuk gantian gula. Stevia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari Amerika Selatan. Daunnya sangat manis, tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula yang dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. g. Minuman Teh hijau (green tea) Teh hijau punya banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioksida, polyphenols dan catechins. Teh hijau dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahankan kematian sel-sel dan tisu-tisu. Ia juga mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Minumlah lima cawan setiap hari. h. Herba tempatan Beberapa jenis herba tempatan berkesan mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Misalnya, daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain. Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam atau direbus dengan air panas atau dikeringkan dan jadikan air teh. 6. Senaman, kawal kegemukan, rehat dan tidur secukupnya. Sangat penting untuk melakukan senaman 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga. Cukupkan tidur lima hingga tujuh jam setiap hari dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita. Jom amalkan gaya hidup sihat ya! - CARI
|
14
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
6
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 27-12-2018 01:03 PM
Ngandung boleh ke minum teh hijau?
haiku08 replied at 8-2-2019 03:17 PM
Meolls kene GDM masa pregnant.. serik kejap...sbb asal nak gi cekup mesti wat bacaan gula..stress na ...
ADVERTISEMENT