Sepasang kekasih dan seorang ‘pengemis’ yang menjadi viral pada tahun lalu dengan kisah meruntun hati netizen sehingga mendapat berjuta sumbangan melalui platform GoFundMe akan didakwa di mahkamah minggu ini apabila siasatan polis mendapati mereka bertiga sebenarnya mereka-reka cerita sedih tersebut.
November tahun lalu, Katelyn McClure mendakwa keretanya tersadai di lebuhraya Interstate 85 kerana kehabisan minyak dan kebetulan seorang ‘pengemis’ bernama Johnnie Bobbitt telah memberi kesemua wangnya berjumlah 20 dolar (RM83) untuk membeli minyak. Cerita itu kemudian dimuat naik Katelyn di laman Facebooknya hingga menjadi tular dengan simpati netizen. Lantaran itu, kekasih Katelyn, Mark D'Amico melancarkan sebuah tabung derma GoFundMe kononnya untuk pengemis tersebut dan berjaya mengutip USD400,000 iaitu hampir RM1.7 juta sumbangan awam.
Menurut cerita asal Katelyn, Johnnie yang ternampak dia sedang mengalami masalah telah menyuruhnya mengunci kereta dan membeli satu tin minyak untuk membolehkannya meneruskan perjalanan. "Johnnie tidak meminta sebarang bayaran, lagipun ketika itu saya sendiri tidak membawa wang tunai. Jadi, saya kini selalu melintasi tempatnya mengemis dan memberinya jaket, sarung tangan, stoking serta beberapa dolar setiap kali saya ternampaknya," kata Katelyn. Polis, kemudian mendapati cerita itu adalah rekaan mereka dan pihak pendakwa Mahkamah Burlington County di New Jersey telah mengadakan sidang akhbar untuk melaporkan pertuduhan terhadap mereka bertiga. Penipuan mereka mula dihidu polis apabila mereka bertelingkah mengenai pembahagian wang derma. Johnnie dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bahagiannya kerana pasangan kekasih itu mendakwa kepada akhbar The Inquirer "Johnnie yang juga seorang gelendangan akan menghabiskannya sekelip mata untuk dadah, sebaliknya wang Johnnie akan dimasukkan dalam akaun sehingga dia mendapat pekerjaan". Johnnie kemudiannya mendakwa mereka berdua mencuri bahagiannya. Siasatan wartawan mendapati pasangan itu telah pergi bercuti beberapa kali menggunakan wang derma dan turut membeli sebuah BMW. Polis telah menggeledah rumah mereka sebagai sebahagian daripada siasatan. Sementara itu, pihak GoFundMe pula belum membuat sebarang kenyataan mengenai kes penipuaan derma menggunakan laman web mereka. - CARI
|
20
Bagus |
22
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
234126 replied at 16-11-2018 11:45 AM
Bagus polis check. Betul2 buat kerja utk rakyat. Kalau tak sesia je derma free money. Tp confuse, jo ...
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 11:55 AM
Johnnie tu pun bersubahat katanya. Sy rasa lepas dia tak dapat bahagian dia, dia lapor polis
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 11:55 AM
Johnnie tu pun bersubahat katanya. Sy rasa lepas dia tak dapat bahagian dia, dia lapor polis
makita: Bulan lepas dlm fb yoi, dia mntak derma utk sorg hakak ni kene saman dgn founder. Founder kopi klorok tu. So si yoi ni tlg la kutip derma..duit msuk k ...
Victorioussss replied at 16-11-2018 03:30 PM
Still lagi telus dari claim derma pak arab 2.6b
ADVERTISEMENT