Anak yang didedahkan kepada bahan sihat dan berkualiti serta kaedah memasak makanan sihat sejak usia muda lebih cenderung membuat pilihan pemakanan sihat apabila dewasa kelak.
Menggalakkan anak makan secara sihat sebenarnya bermula dengan pemikiran mereka. Satu panduan yang baik untuk membuatkan kanak-kanak teruja makan ialah dengan membabitkan mereka dalam proses memasak. Memasak hidangan sihat juga tidaklah sesukar yang disangkakan, malah sesetengahnya boleh dilakukan bersama ketika masa lapang dan tentunya menjadikan pengalaman menyeronokkan buat seisi keluarga. Memasukkan sayuran dalam hidangan anda menjadikan makanan bukan saja menyihatkan malah dapat memberi seisi keluarga nutrisi mencukupi dalam satu hidangan. Apatah lagi tidak semua kanak-kanak menggemari sayuran yang dimakan begitu saja, lebih elok sekiranya satu hidangan dapat menyatukan semua kandungan penting terdiri daripada protein dan sayuran.
Menerusi resepi Sosej Ayam Sayur ini, anda boleh memilih untuk meletakkan sebarang jenis sayuran seperti lobak, bayam, cendawan dan lain-lain mengikut cita rasa yang dilumatkan bersama isi ayam. Pasti menarik selera anak anda tanpa perlu memaksa mereka makan sayur. Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan Sosej Ayam Sayur yang boleh dicuba sendiri di rumah: Bahan 4 hingga 5 ketul dada ayam 2 biji telur Lobak dan daun sup - Anda boleh guna apa-apa jenis sayur sekalipun. 1 biji bawang besar 4 hingga 5 ulas bawang putih 4 sudu tepung ubi Sedikit lada hitam Sedikit lada sulah Garam secukupnya Cara-cara membuatnya 1. Campurkan semua bahan di atas dan kisar hancur menggunakan mesin pengisar. 2. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik ais krim dan ikat pada hujung kiri dan kanan. 3. Panaskan air rebusan dan rebus selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh guna teknik mengukus. 4. Goreng jika nak makan dan selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Siap! Mudah saja kan? Tak perlu lagi membeli sosej yang dijual di pasar raya. Anda sendiri boleh membuat sosej yang sedap dan berkhasiat! Pasti anak anda sukakannya. Semoga bermanfaat! - CARI Kredit resipi: FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
|
16
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94: Xde apa2 ke rebus plastik aiskrim tu?
ADVERTISEMENT