CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Dee Jangan Ketawa Tegur Kostum Penari GV Murahan, Ini Jawapan Koreografernya

14-11-2018 12:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14359| Komen: 56|Original author: Oleh: Azza




"Kata berjuta-juta sponsor, tapi kostum dancer macam takda bajet!" 

Masih berkisar pada kontroversi yang melingkari program Gegar Vaganza (GV), kali ini pelakon dan pengacara, Dee Jangan Ketawa pula memberi teguran. Bagi Dee yang terkenal dengan 'show' meriahnya berpendapat 'costume' penari GV nampak murah seolah-olah tidak mempunyai bajet walhal rancangan ini dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Namun, tegurannya mendapat jawapan balas daripada koreografer, Hanafi Rosdi, 30 yang ditugaskan bagi rancangan tersebut.

Dee dalam kemaskini statusnya pula menganggap teguran tersebut tidak semestinya diterima kerana itu adalah pendapatnya.

Sebagai orang lama dalam industri ini, Dee berpendapat yang produksi GV memerlukan penasihat hiburan yang benar-benar tahu tentang kepentingan busana penari bagi sesuatu persembahan tersebut. Pendapatnya disokong oleh penyanyi tersohor, Salamiah Hassan dan penari veteran, Ahmad Kasan turut memberi komen sarkastik terhadap isu tersebut.


Kredit foto: IG

Ianya turut dipersetujui oleh ramai netizen yang merasakan jumlah tajaan tidak menggambarkan kemewahan sebaliknya ia seperti tangkap muat sahaja. Bukan sahaja kostum penari, malahan tarian pun seperti syok sendiri dan bukannya membantu persembahan tersebut.


Hanafi dalam jawapan balasnya menegaskan bahawa sekarang adalah era digital, jadi pakaian penari tidak boleh terlalu meriah kerana ia hanya akan menyerabutkan lagi persembahan. Maka, bukan bajet yang tidak cukup tetapi itu adalah kehendak zaman sekarang.

Kredit foto: IG

Menurut Hanafi, fokus industri penyiaran kini lebih memfokuskan kemajuan platform digital yang mengutamakan paparan TV beresolusi tinggi (HD). Jadi kostum yang dipakai penari sekarang tidak boleh dibandingkan dengan penari zaman dahulu kerana teknologi juga berbeza dan ianya akan sentiasa berubah-ubah.

“Apapun, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Abang Dee, malah berterima kasih atas setiap maklum balas yang disuarakan oleh sesiapa,” tuturnya dalam menyantuni kritikan Dee di laman Instagram milik pelakon sitkom Jangan Ketawa itu.
Kredit foto: IG

Bagi netizen yang peka dengan perkembangan industri muzik tanah air pula merasakan ianya adalah standard yang harus diikuti. Jadi, bukan tidak mahu meriah tetapi itulah kehendak penonton sekarang serta untuk disesuaikan dengan teknologi HD.

Setiap koreografer mempunyai pendapat sendiri mengenai konsep yang mereka rasakan sesuai dengan tema tarian tersebut. Dee dan Hanafi adalah koreografer pada era masing-masing dan kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Jadi, anda pula bagaimana? Betul ke kostum penari GV hauk? - CARI

8

Bagus
5

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 14-11-2018 12:15 PM
Memang buruk pun..
Quote kucingitam 14-11-2018 12:17 PM
apa kena ngena kostum dgn era digital? kalau era digital, pakai costume plain masuk tv tetiba jadi colourful ke caner?
Quote Temenung 14-11-2018 12:18 PM
Serba x kena GV tahun ni.hahaha
Quote dekmieDandy 14-11-2018 12:21 PM
memang hauk pon baju dancer, kadang2 je nampak ok sikit
Quote Themilo 14-11-2018 12:28 PM
dancer pun macam malas-malas menggeliat sambil menyingai-nyingai jaaa...
Quote mieymiey 14-11-2018 12:31 PM
kucingitam replied at 14-11-2018 12:17 PM
apa kena ngena kostum dgn era digital? kalau era digital, pakai costume plain masuk tv tetiba jadi c ...

Ker dia nak kata Dee tu tua, sekarang zaman dah moden so orang muda macam dia lagi tau taste sekarang banding orang tua (Dee) dedulu
Quote Orgkgdukobesi 14-11-2018 12:37 PM
Sebab zaman era digital high definition ini lah kita make up artis kerja lebih sikit sebab semua jelas kelihatan. Begitu juga prop dan penari latar... kalau tak elok akan mencacatkan seluruh persembahan. Kenalah all out sikit sebab ini bukan persembahan graduation day tadika kemas ok.
Quote K_Lily 14-11-2018 12:42 PM
jawapan selamat tapi ntah apa-apa..
Quote katakau 14-11-2018 12:48 PM
alasan macam budak tadika.btw iols memang setuju dgn dee walaupun iols tak pernah kisah selama ni
Quote besarkecik 14-11-2018 12:52 PM
Tolonglahhhhh...
Baju nampak sangat murah
Quote sonatalady 14-11-2018 12:56 PM
Tp memang suram pn dancers..ngan baju..ngan tarian yg ala2 malas.
Dah lah lampu pn kdg2 malap..suasana latar belakang jadi malap.nak tgk pn malap.
Quote kiah_mai_pulak 14-11-2018 01:15 PM
Ntah2 koreograper ni anak ikan tok terlajak ponen.. kroni bg job
Quote serawadurian 14-11-2018 01:22 PM
Acik tgk GV cuma dengar org nyanyi je..x dan lak nak belek2 penari pakai baju apa. Membawang sungguh la manusia2 ni...
Quote RatuDunia94 14-11-2018 01:53 PM
Not only wardrobe pon.. props pon asyik recycle dr GV1 sampai GV5 guna platform bulat tu.. plg tidak guna kerusi panjang yg sebiji sama dgn kerusi kat beranda rumah mak iols..
Quote azimodin 14-11-2018 02:10 PM
setuju. i met dee in person masa buat event, baju2 drag dia mmg letop hokey. kiranya dia mmg all out la sebab organizer dah bayar riban2 for his appearance. mmg sendu pon tgh penari GV. lebih kerlass tarian budak2 sekolah. pastu tarian pon macam belon menari depan stesyen minyak tu. huduh sangat
Quote asmara_me 14-11-2018 02:11 PM
pernah kisahkan gak pasal isu ini, ada minggu mana tah, iols sampaikan mcm macamana pakaian dancer ni boleh lepas haha
Quote amal12bh 14-11-2018 02:15 PM
iols pun sejenis x bother baju dancer. so why bother why bother?...hahaha..
Quote kikiharris 14-11-2018 02:16 PM
Confirmed la final nanti tok kat akan puji baju dancers pulak yg cantik
..baju penyanyi pon hauk, let alone prop dgn penari latar.
Quote karamell 14-11-2018 02:26 PM
Memang buruk pun. Kadang tarian pun buruk, lebih kurang sama jer tiap minggu. Kalau lagu sedih mesti ada penari pompuan duk angkat2 kaki, tangan atas bahu penari lelaki..heheee

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.129786 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top