"Kata berjuta-juta sponsor, tapi kostum dancer macam takda bajet!"
Masih berkisar pada kontroversi yang melingkari program Gegar Vaganza (GV), kali ini pelakon dan pengacara, Dee Jangan Ketawa pula memberi teguran. Bagi Dee yang terkenal dengan 'show' meriahnya berpendapat 'costume' penari GV nampak murah seolah-olah tidak mempunyai bajet walhal rancangan ini dikatakan bernilai jutaan ringgit.
Namun, tegurannya mendapat jawapan balas daripada koreografer, Hanafi Rosdi, 30 yang ditugaskan bagi rancangan tersebut.
Dee dalam kemaskini statusnya pula menganggap teguran tersebut tidak semestinya diterima kerana itu adalah pendapatnya.
Sebagai orang lama dalam industri ini, Dee berpendapat yang produksi GV memerlukan penasihat hiburan yang benar-benar tahu tentang kepentingan busana penari bagi sesuatu persembahan tersebut. Pendapatnya disokong oleh penyanyi tersohor, Salamiah Hassan dan penari veteran, Ahmad Kasan turut memberi komen sarkastik terhadap isu tersebut.
Kredit foto: IG
Ianya turut dipersetujui oleh ramai netizen yang merasakan jumlah tajaan tidak menggambarkan kemewahan sebaliknya ia seperti tangkap muat sahaja. Bukan sahaja kostum penari, malahan tarian pun seperti syok sendiri dan bukannya membantu persembahan tersebut.
Hanafi dalam jawapan balasnya menegaskan bahawa sekarang adalah era digital, jadi pakaian penari tidak boleh terlalu meriah kerana ia hanya akan menyerabutkan lagi persembahan. Maka, bukan bajet yang tidak cukup tetapi itu adalah kehendak zaman sekarang.
Kredit foto: IG
Menurut Hanafi, fokus industri penyiaran kini lebih memfokuskan kemajuan platform digital yang mengutamakan paparan TV beresolusi tinggi (HD). Jadi kostum yang dipakai penari sekarang tidak boleh dibandingkan dengan penari zaman dahulu kerana teknologi juga berbeza dan ianya akan sentiasa berubah-ubah.
“Apapun, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Abang Dee, malah berterima kasih atas setiap maklum balas yang disuarakan oleh sesiapa,” tuturnya dalam menyantuni kritikan Dee di laman Instagram milik pelakon sitkom Jangan Ketawa itu.
Kredit foto: IG
Bagi netizen yang peka dengan perkembangan industri muzik tanah air pula merasakan ianya adalah standard yang harus diikuti. Jadi, bukan tidak mahu meriah tetapi itulah kehendak penonton sekarang serta untuk disesuaikan dengan teknologi HD.
Setiap koreografer mempunyai pendapat sendiri mengenai konsep yang mereka rasakan sesuai dengan tema tarian tersebut. Dee dan Hanafi adalah koreografer pada era masing-masing dan kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Jadi, anda pula bagaimana? Betul ke kostum penari GV hauk? - CARI
|