CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pamela Anderson Menentang Gerakan Feminisme #MeToo

19-12-2018 01:49 PM| Diterbitkan: soretos| Dilihat: 3385| Komen: 3|Original author: Oleh: alivehope

Kredit foto: METRO UK

Pamela Anderson menentang gerakan #MeToo, mengatakan ianya 'terlalu berlebihan' dan setiap orang harus bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri. 


Mengaku bahawa dirinya mungkin akan dikecam kerana menyuarakan pendapatnya, bekas pelakon Baywatch itu berkata, Saya rasa pergerakan #MeToo ini terlalu berlebihan untuk saya."

Kempen #MeToo itu bermula pada akhir tahun 2017 sebagai medium kebebasan bersuara kepada mangsa serangan salah laku seksual dari pelbagai industri, tetapi Pamela mendedahkan bahawa “Ibu mengajar saya supaya tidak pergi ke hotel dengan orang tidak dikenali.


 

Kredit foto: Yahoo Entertainment


Dia juga berkata, gerakan feminisme ini boleh melumpuhkan lelaki dan menjadi satu kebosanan. Bercakap di saluran TV Australia 9 Now's 60 Minutes, bintang berusia 51 tahun itu berkata, Saya fikir gerakan feminisme ini boleh pergi terlalu jauh. Saya seorang feminis, tetapi saya fikir gerakan feminisme ketika ini membosankan. Saya rasa ia boleh melumpuhkan lelaki.


Di Hollywood, seorang wanita bernama Tarana Burke melancarkan gerakan #MeToo berikutan tuduhan salah laku seksual yang hebat terhadap penerbit Harvey Weinstein. Berikutan itu,ramai pelakon wanita seperti Gwyneth Paltrow, Jennifer Lawrence dan Kerry Washington menceritakan pengalaman sama dilalui mereka.

 

Walau bagaimanapun, aktres Melanie Sykes dan Lindsay Lohan telah mengecam pergerakan itu dan mengatakan ianya kini sebagai satu masalah.


Menurut Melanie, Jika seorang lelaki tidak dapat mengatakan yang anda kelihatan bagus, saya fikir ia adalah mengarut kerana itu hanyalah interaksi antara manusia, dan siapalah kita jika kita tidak dapat mengagumi antara satu sama lain?


Lindsay juga mengatakan gerakan ini menyebabkan wanita kelihatan lemah. 


"Saya akan membenci diri sendiri kerana mengatakannya, tetapi saya fikir wanita yang bercakap tentang perkara itu menjadikannya kelihatan lemah walaupun sebenarnya mereka adalah wanita yang sangat kuat."

"Anda tidak tahu sama ada gadis-gadis itu bercakap benar atau tidak, mungkin mereka hanya inginkan perhatian dan bukan fakta sebenar yang berlaku," katanya. - CARI

15

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 19-12-2018 01:55 PM
aku berpandangan bersederhana.benda ni dah nampak out of proportion kdg2...penampakan hollywood hypocrisy pun ada
Quote belilies 19-12-2018 06:45 PM
Iols kalu pasal isu #metoo ni semenjak evan rachel wood join suarakan memang rasa benda ni cried for attention
Quote annehuda 20-12-2018 10:38 AM
paling memalukan asia argento la. sibuk join gerakan metoo ni skali tu sheols pun pedobear jugak tido ngan retis lelaki bwh umur. siap hade bukti bergambar

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052193 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top