Maut tersepit di tempat duduk Kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin.
JEMPOL - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kereta di Kilometer 18 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin. Menurut sumber polis, mangsa, Ali Johari, 27, dari Felda Serting Hilir Tiga di sini, disahkan maut di tempat kejadian kerana cedera parah. Menurutnya, mangsa dari arah Kemayan-Bahau, memandu kereta jenis Honda hilang kawalan selepas melalui selekoh di laluan itu kira-kira jam 4.30 petang, “Kenderaan mangsa masuk ke laluan bertentangan dan melanggar belakang kereta jenis Proton Persona.
“Kemudian, kereta mangsa dilanggar pula sebuah kereta yang berada di belakang kereta Proton Persona. Mangsa mengalami cedera parah kerana tersepit di tempat duduk pemandu," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. Dua individu yang cedera dihantar ke Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jempol, Deputi Superitendan Tukiman Seriman mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
|
Zielah posted on 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau patah tangan dan ...
Zielah posted on 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau patah tangan dan ...
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/
md_nana posted on 17-9-2013 04:15 PM
org atas tu tepek.
klik jek la.
sekali tgk, mude lagi. hensem woi
tebuanharimau posted on 17-9-2013 03:33 PM
location JB dak blog tu punya profile.. betul ke yg eksiden ni?
nurfariezza posted on 17-9-2013 04:21 PM
i nmpak jgak link 2..
tp td xb'nfsu pn nk bkak..
lpas u ckp hensem laju je i klik..hehhe
ADVERTISEMENT