View: 4765|Reply: 21
|
[Tempatan]
Maut tersepit di tempat duduk
[Copy link]
|
|
Maut tersepit di tempat duduk
Kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin.
JEMPOL - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kereta di Kilometer 18 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin.
Menurut sumber polis, mangsa, Ali Johari, 27, dari Felda Serting Hilir Tiga di sini, disahkan maut di tempat kejadian kerana cedera parah.
Menurutnya, mangsa dari arah Kemayan-Bahau, memandu kereta jenis Honda hilang kawalan selepas melalui selekoh di laluan itu kira-kira jam 4.30 petang,
“Kenderaan mangsa masuk ke laluan bertentangan dan melanggar belakang kereta jenis Proton Persona.
“Kemudian, kereta mangsa dilanggar pula sebuah kereta yang berada di belakang kereta Proton Persona. Mangsa mengalami cedera parah kerana tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya.
Dua individu yang cedera dihantar ke Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jempol, Deputi Superitendan Tukiman Seriman mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
|
|
|
|
|
|
|
|
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/
oh yeke...? huhuhu... siannyer
takziah .. al fatihah..
|
|
|
|
|
|
|
|
pandu laju x hengat.....
aku rs jpj kene kuatkuasakan ujian teori undang2 jln ry perlu full mark br bleh ambik lesen.
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau patah tangan dan dislocate tulang pinggul, anaknya masih dimonitor oleh doktor. Beliau ok. Kereta Civic tu terbabas... masuk lane dia dan dia tidak dapat berbuat apa.
Innalillah .... harap semuanya ok..... big boss di dalam perjalanan untuk menziarah beliau. Daripada maklumat yang diperolehi .... kereta Honda tu memang laju. |
|
|
|
|
|
|
|
Zielah posted on 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau patah tangan dan ...
moga kawan awak dan keluarganya sihat.... saman lah insuran kereta yg melanggar tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk kat blog tu mcm hensem jek mangsa.
ape pon takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zielah posted on 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau patah tangan dan ...
dislocate tulang pinggul??? tak terbayang aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
location JB dak blog tu punya profile.. betul ke yg eksiden ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
md_nana posted on 17-9-2013 03:10 PM
kalau tgk kat blog tu mcm hensem jek mangsa.
ape pon takziah.
xpsl2 i pon t'pngruh nk bkak blog dia jgak...ekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/
Umur, lokasi dah sama.. mungkin dia. Cuba ucapkan takziah kat blog tu.
Innalillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kpd keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
nurfariezza posted on 17-9-2013 03:58 PM
xpsl2 i pon t'pngruh nk bkak blog dia jgak...ekeke
org atas tu tepek.
klik jek la.
sekali tgk, mude lagi. hensem woi
|
|
|
|
|
|
|
|
md_nana posted on 17-9-2013 04:15 PM
org atas tu tepek.
klik jek la.
sekali tgk, mude lagi. hensem woi
i nmpak jgak link 2..
tp td xb'nfsu pn nk bkak..
lpas u ckp hensem laju je i klik..hehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la lain kali beli suprima S baru selamat
ada 6 airbag tauuu |
|
|
|
|
|
|
|
nurfariezza posted on 17-9-2013 04:21 PM
i nmpak jgak link 2..
tp td xb'nfsu pn nk bkak..
lpas u ckp hensem laju je i klik..hehhe
Malangnya abam tiada blog. Kalau tidak, boleh lah ayang nurfariezza tengok kehenseman abam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|