Seorang pemandu Grab didakwa merogol kanak-kanak berusia 11 tahun, tiga tahun lalu, di rumah di Jalan Kedidi, Sungai Ara, Bayan Lepas, lapor Harian Metro.
Tertuduh, Teh Kim Huat, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Azmah Yaacob di Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini. Menurut laporan, Teh didakwa merogol mangsa yang kini sudah tidak bersekolah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 20 Disember ini sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam. Tertuduh bagaimanapun merayu supaya diberikan ikat jamin dengan nilai rendah memandangkan dia menanggung dua anak yang masih kecil. - CARI |
4
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT