Isu panas berkenaan ratifikasi Konvesten Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) memang hangat diperkatakan. Biarpun belum dibincangkan di kabinet secara terperinci, ura-ura untuk ia dilaksanakan bertiup kencang dalam kalangan rakyat Malaysia. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri terhadap perkara ini. Bagi orang Melayu, pelaksanaan ICERD ini akan menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja manakala bagi segelintir kaum lain, sudah sampai masanya Malaysia mengamalkan pelarasan semua kaum. Dalam kekecohan tersebut, artis Adam Corrie mempunyai pendapat yang menarik untuk dihujahkan. Mengambil kira ucapan Pemimpin Kaum Cina, Tun Tan Siew Sin (Presiden MCA) dan Pemimpin Kaum India, Tun VT Sambanthan (Pemimpin MIC) yang berasa bertuah berada di bumi Malaysia serta berkongsi kerakyatan, Adam berkata dia sangat menghormati hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Menjelaskan yang dia adalah bangsa Cina dan tiada apa pun yang akan mengubahnya. Tetapi dalam masa sama dia menghormati budaya bangsa lain seperti Melayu, India dan lain-lain. Jadi, adalah tidak adil mempersoalkan hak milik istimewa bumiputera kerana ia adalah kelebihan mereka sebagai tuan rumah sejak dahulu lagi. "Dalam surah hujurat ayat 13, ada mengatakan bahawa Allah jadikan pelbagai bagsa untuk saling kenal dan belajar budaya sesama kita." Pengakuan Adam mendapat sambutan hangat daripada netizen yang terharu dengan ketulusan hatinya yang sedar dengan keistimewaan orang Melayu. "Kalau semua orang Cina macam Adam, pasti aman damai kita." Bagi netizen, apa yang termaktub di dalam perlembagaan sepatutnya menjadi kayu ukur bagi keharmoniaan semua kaum dalam sebuah negara yang berbilang bangsa. Jangan ada sesiapa yang cuba bermain api kerana kelak ia memakan diri. Ramai netizen berterima kasih kepada Adam Corrie yang memahami bahawa ada perkara yang tidak boleh diusik dan diganggu gugat. Jadi, jagalah keharmonian pelbagai bangsa dengan tidak mencadangkan sesuatu yang bercanggah perlembagaan. - CARI |
17
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
7
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT