CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isteri Tegur Suami Kenapa Suka Makan Maggi Campur Nasi? Rupanya..

7-11-2018 12:03 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 12707| Komen: 57|Original author: Oleh: Whitney

Tiada siapa yang ingin dirinya dilahirkan dalam keluarga yang miskin, hidup susah dan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pasti ramai yang inginkan kehidupan yang sempurna dan serba serbi lengkap bukan? Tetapi apakan daya, bukan semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan. 


Kredit foto: Google & @adam_einziger
Bagaimanapun, walau hidup dalam kekurangan, setiap ibu bapa akan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. Anak-anak akan diberikan keperluan yang sepatutnya dan makanan yang mencukupi agar mereka tidak kelaparan. Untunglah jika anak-anak memahami dan bersyukur dengan rezeki yang mereka perolehi tanpa merungut. Malah, ia turut dijadikan motivasi untuk mengubah taraf kehidupan mereka sekeluarga kepada yang lebih baik. 

Seorang pengguna facebook telah memuat naik satu status yang menceritakan tentang makanan yang pernah dimakan oleh dia sekeluarga ketika hidup susah suatu ketika dahulu. Dia telah ditegur oleh isterinya kerana makan maggi yang dicampur dengan nasi. Mungkin isterinya yang tidak pernah hidup susah itu berasa pelik dan tidak pernah merasa makanan sebegitu. 

Maggi yang dicampur dengan nasi

Tak rasa sedih pun

Netizen kagum kerana lelaki ini masih ingat akan kesusahannya suatu ketika dahulu tetapi rata-rata netizen tidak berasa ia adalah perkara yang menyedihkan dalam hidup kerana ramai yang gemar makan maggi. Sudah tentu maggi menjadi makanan yang paling sedap sejak dari dulu sehinggalah sekarang walaupun ia bukanlah makanan yang berkhasiat. 



Sedap! Ramai suka makan macam ni
Rupanya ramai netizen yang pernah makan maggi yang dicampur dengan nasi. Tidak kisahlah mereka pernah hidup susah atau tidak, tetapi mereka gemar makan dengan cara sebegitu. Sedap sangat ke?


Alamak, ada netizen yang kembang tekak 
Bagaimanapun, ada netizen yang berasa kembang tekak melihat gambar maggi bercampur nasi. Pastinya mereka tidak pernah makan atau pernah mencuba tetapi tidak dapat menerima makanan tersebut. 


Memang rasa lagi kenyang
Rata-rata netizen yang penah hidup susah semasa zaman kecil, sudah memahami mengapa maggi tersebut perlu dicampur dengan nasi. Ia tidak lain dan tidak bukan agar mereka sekeluarga berasa lebih kenyang di samping dapat berjimat. Walaupun situasi mereka dilihat agak menyedihkan tetapi mereka tetap bersyukur dan gembira apabila dapat makan makanan yang tidak mewah tetapi cukup sedap itu! 

Masing-masing mempunyai pengalaman hidup yang berbeza tidak kiralah bagi yang pernah hidup susah atau sebaliknya. Yang penting, kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik agar dapat menyediakan keperluan dan makanan berkhasiat yang mencukupi kepada anak-anak. Setuju tak? - CARI

14

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 7-11-2018 12:07 PM
aku pun pernah mkn mcm ni masa kecik2 dulu..
Quote shernazz 7-11-2018 12:19 PM
Iols penah makan
Tapi sebab mak iola lambat bangun masak sahur..weols senua makan nasi megi n telur dadar...
Nasib semua kecik kexik lg...
Quote zulka 7-11-2018 12:34 PM
camni dah kira ok dah ni.....aku penah mkn nasi gaul dgn garam je, alhamdulillah elok je semua anggota badan berfungsi dgn baik  
Quote myakayina 7-11-2018 12:36 PM
zulka replied at 7-11-2018 12:34 PM
camni dah kira ok dah ni.....aku penah mkn nasi gaul dgn garam je, alhamdulillah elok je semua anggo ...

erk..sian nya u.. kita pernah mkn nasi gaul dgn minyak lps goreng ikan..tapi letak sikit2 jela..serius sedap.. ni pun sbb nak try je..
Quote Mary_jane 7-11-2018 12:37 PM
Syukuri nikmat Allah bagi, masih boleh buka mulut menikmati apa jua hidangan.
Quote mzzenma 7-11-2018 01:02 PM
Mzz suka makan maggie dgn nasi. Masa masak maggi masuk nasi and telur biar kembang. Perghhhh sodap
Quote fishcracker 7-11-2018 01:10 PM
Sedap je megi buh telur sebijik,..campur nasi,makan ramai2 {:love
Quote anakkerengga 7-11-2018 01:20 PM
Aku biasa tgk org korea campur nasi dlm mi segera
Quote Artemesiaa 7-11-2018 01:45 PM
Benda biasa je kalau kat Korea bila mee dah habis kuahnya masih banyak lagi pasti mereka tambah dengan nasi rasa lebih kenyang.
Quote prettyuglybabe 7-11-2018 01:48 PM
megi ayam makan dengan roti pun sedap..
or makan dengan chilli tuna..
Quote haryatie 7-11-2018 01:52 PM
sedap apa maggi tu..
tp makn dgn nasi x pernah pulak try



Quote zulka 7-11-2018 02:14 PM
myakayina replied at 7-11-2018 12:36 PM
erk..sian nya u.. kita pernah mkn nasi gaul dgn minyak lps goreng ikan..tapi letak sikit2 jela..se ...

sy lahir dari family yg bukan kaya/senang, adik beradik 8 org..mak tak kerja...alhamdulillah skang kami adik beradik ada kerjaya masing2...
bak kata pepatah..Lahir miskin itu bukan salah kita, tapi mati dlm miskin itu salah kita




Quote jahcomel 7-11-2018 02:25 PM
ingat mase zmn kecik2 nih, arwah abah mninggal mase kitaorg kecik2...ni lh mkanan paling sedap, mak masak megi taruh kangkung byk2 pastu goreng ikan rebus garing, makan ngn nasi panas2...pehhhh sedap x terkata...
Quote cewekbopot 7-11-2018 04:28 PM
smpai skarang ai maseh mkn megi campo nasi..sedap! tak yah lauk2 bagai
Quote bbasir 7-11-2018 04:28 PM
ala.. aku yang kaya raya ni pun makan mcm tu juga kadang2.. sbb malas nak masak... aku kaya dengan budi bahasa ye...
Quote Foxey 7-11-2018 04:37 PM
salu tengok kat drama Korea atau reality show Korea makan mee segera ni dengan nasi.  kuah megi ni sedap kot kalau makan dengan nasi
Quote mawar_mustika 7-11-2018 05:13 PM
myakayina replied at 7-11-2018 12:36 PM
erk..sian nya u.. kita pernah mkn nasi gaul dgn minyak lps goreng ikan..tapi letak sikit2 jela..se ...

sedap tu makan nasi gaul dgn minyak lps goreng ikan...nk lg sedap goreng bwg merah & cili padi pastu lenyek dlm kicap...mkn dgn ikan goreng nasi panas2...memang bertambah le
Quote myakayina 7-11-2018 05:31 PM
mawar_mustika replied at 7-11-2018 05:13 PM
sedap tu makan nasi gaul dgn minyak lps goreng ikan...nk lg sedap goreng bwg merah & cili padi pas ...

alamak..boleh cuba ni.. tapi takleh selalu..dulu2 my mom mkn mcm ni sbb org susah kan.. tapi masih ada rezeki dari bercucuk tanam..mkn pucuk2 kayu..i buat pun sbbnak cuba je dulu..sekali mcm sedap plak cuma tak buat mcm yg u ckp ni la letak cili bagai..
Quote CardiGans85 7-11-2018 06:30 PM
Tak pernah makan macam ni walau pun susah sangat dulu..mungkin sebab hidup di kampung dan ada tanah sendiri yg x berapa besar. Jadi, banyak sumber semulajadi kat tepi rumah.

Paling malas masak, ambil daun selom+ulam raja buat urap pastu goreng ikan masin. Makan nasi panas.

Rasanya dulu, beli sayur pun kalau nk makan carrot merah+ putih,bunga kobis. Yang lain setakat sayut kg,memang sentiasa,ada.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035969 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top