CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepit Piala Malaysia Di Celah Kangkang, Presiden PAFA Minta Maaf

31-10-2018 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12789| Komen: 110|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pelbagai reaksi diterima dari peminat bola sepak apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meraikan trofi Piala Malaysia di celah kangkangnya seperti yang tular di media sosial.


Berita Harian melaporkan, beberapa bekas pemain Perak kesal dengan tindakan tersebut.

"Macam tak ada nilai dibuatnya. Bawa piala itu merata dan letak ikut suka sahaja."

"Pemain bersusah payah untuk memenanginya tetapi ada pegawai yang seperti tidak menghargai usaha serta memahami perit jerih yang diharungi pemain." 

"Piala Malaysia ini tidak ternilai. Ia lambang keagungan bola sepak negara. Tidak cukup syarat jika seseorang pemain tidak julang Piala Malaysia."

Foto: Facebook

Piala itu sepatutnya disimpan di tempat selamat dan sesuai seperti di pejabat PAFA atau Pejabat Menteri Besar dan bukan diusung merata-rata tanpa sebab.

Katanya trofi itu juga sepatutnya dijaga dengan baik kerana akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta diarak ke seluruh negeri selepas ini.

"Saya ingat ketika Perak muncul juara pada 1998, mendiang Karl Heinz Weigang ketika itu tidak membenarkan langsung orang ramai menyentuhnya.

"Hanya pemain dan pegawai pasukan dibenarkan mengusap piala. Orang ramai boleh tengok sahaja." 

Susulan itu Hasnul Zulkarnain tampil meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah mencetuskan kontroversi.

"Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kekhilafan dan kelemahan diri kerana terlalu teruja selepas Perak berjaya memenangi trofi tersebut.

"Saya tiada niat untuk menjatuhkan martabat dan keunggulan trofi bola sepak kebanggaan negara itu dan gambar-gambar tersebar itu pun sebenarnya hanya simpanan peribadi sebelum disebarkan pihak lain tanpa saya sedar.

"Itu kelemahan saya sendiri, pertama kali menang Piala Malaysia dan saya teruja lalu terkongsi gambar dalam Status WhatsApp." -CARI
36

Bagus
52

Marah
68

Terkejut
35

Sedih
36

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (255 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Caranthir 31-10-2018 09:22 AM
Macam team hotel je...
Quote ra5101 31-10-2018 09:22 AM
Memang sesuailah dipanggil  Presiden Perghak.
Quote Themilo 31-10-2018 09:22 AM
kemaruk sangat YB nih..
Quote perang_sivil 31-10-2018 09:25 AM
dah minta maaf sebab tak tahan kena trolls.

[fbvlink]https://www.facebook.com/hasnul.zulkarnain/videos/2051552111554662/[/fbvlink]
Quote shernazz 31-10-2018 09:29 AM
Hahaha
Nak cagar tu x menahan
Kat agro bank.plak.tu..
Quote prizadane 31-10-2018 09:38 AM
masalahnya dia bukan perform pun jadi presiden. team sekarang ni pun naik sebab ex  presiden.
ni semua sebab politik je..baru 2-3bulan pegang PAFA, menang piala, terus bajet cam piala tu dia punya effort. haktuih
Quote ctaz 31-10-2018 09:40 AM
bila orng tak tau pasal bola jadi org atas dalam persatuan bola...
jadi baghal macam ni la...
Quote scorpionkiki 31-10-2018 09:41 AM
prizadane replied at 31-10-2018 09:38 AM
masalahnya dia bukan perform pun jadi presiden. team sekarang ni pun naik sebab ex  presiden.
ni se ...

Ha ha ha...mmg pun...perasan terlebih ni
Quote FailFish 31-10-2018 09:43 AM
kalau muka tak malu jangan share dengan anak2
takut berjangkit
Quote asyriqa 31-10-2018 09:48 AM
Aiyoo tengok muka pun rasa mcm nk bg penampar sedas..perasan lebih n tak tau malu
Quote sarahmirza 31-10-2018 09:53 AM
Sakainya perangai..
Dengan muka anak pun dijaja merata.
Buat malu aje.
Quote aikee04 31-10-2018 09:55 AM
Tak tular .....tak tahu
Dah tular.....baru tahu
Quote lipans 31-10-2018 10:01 AM
Haria Penang Haria!!!

Quote SWORKS27 31-10-2018 10:01 AM
presdien gile sepere
Quote prettyuglybabe 31-10-2018 10:02 AM
sapa dia ni?
kesian player main basah lecun piala setaraf celah kangkang beliau jah?
Quote Hessa 31-10-2018 10:09 AM
kalau nak tunggu peluang dia jadi player, dah terlambat, kalau ada kesempatan dulu pun, ntah2 susah nak tercapai hasrat tu,lebih parah, klau kaki bangku..so kebetulan yg datang ni, sekadar menumpang bergambar pun, jadiklaaa
Quote perang_sivil 31-10-2018 10:13 AM
prettyuglybabe replied at 31-10-2018 10:02 AM
sapa dia ni?
kesian player main basah lecun piala setaraf celah kangkang beliau jah?




Quote prettyuglybabe 31-10-2018 10:17 AM

ooo.. adun rupanya
Quote kucingitam 31-10-2018 10:19 AM
sapa la yg calonkan dia jadi adun ni...

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.076925 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top