CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gay Tapi Tak Jalin Hubungan Songsang? - Dr.Mujahid Dikecam Kerana Tak Faham LGBT

31-10-2018 01:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3665| Komen: 18|Original author: Oleh: Azza






Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) memang panas di bawah pentadbiran Malaysia baharu ini. Apatah lagi ia sentiasa mendapat perhatian Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Mujahid Yusuf Rawa yang mengusulkan pelbagai cadangan untuk kebaikan golongan tersebut.

Bagaimanapun, apabila Mujahid menyatakan seramai 310,000 golongan gay tidak terlibat dengan kegiatan songsang, ia menjadi perdebatan ramai netizen kerana menyerlahkan kecetekan ilmunya mengenai perbezaan antara gay dan lelaki lembut itu sendiri.

Kredit foto: Twitter


"Kita tidak boleh kata lebih 300,000 gay, kesemuanya terlibat dalam kegiatan songsang ini. Ini kerana ada yang hanya mempunyai kecenderungan melakukan maksiat tetapi tidak pernah berbuat sedemikian kerana pelbagai sebab."

Menurut Mujahid, isunya adalah keinginan untuk menjadi gay tetapi mereka tidak melakukannya. Jadi jumlah tersebut tidak tepat kerana sudah ditangani sejak awal. Daripada jumlah itu pula, ada yang sudah sedar dengan perbuatan salah tersebut dan kembali ke pangkal jalan. Fakta tersebut diperolehi daripada Pakar LGBT di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Manakala statistik yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan pula ialah seramai 173,000 golongan LGBT di Malaysia lima tahun dahulu.

Biarpun mengeluarkan fakta yang tepat, namun penjelasan mengenai menjadi gay tetapi tidak terlibat dengan hubungan songsang dianggap sangat dangkal. Ini kerana maksud gay itu sendiri adalah orientasi seksual lelaki terhadap kaum sejenis. Jika lelaki tersebut dianggap gay, tetapi tidak menjalin hubungan seks, itu adalah lelaki lembut. Inilah yang membuatkan ramai marah dengan kenyataan kurang cerdik Menteri ini.


Kredit foto: Carian Internet

Tampaknya kredibiliti Mujahid dan beberapa menteri lain turut dijadikan bahan kecaman oleh netizen. Apatah lagi dengan kenyataan demi kenyataan yang tidak berpaksikan pada ilmu membuatkan netizen berasa tawar hati terhadap kepimpinan mereka.




Kredit foto: Carian Internet

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai orientasi seksual LGBT secara jelas, jadi menjadi tanggung jawab pihak berkenaan menerangkan tanpa perlu ada spekulasi yang tidak benar. Moga Menteri menjadi lebih peka dengan situasi semasa selepas ini. - CARI 
7

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 31-10-2018 02:02 PM
Mujahid salah pemahaman nih.. Quote asal sepatutnya "Not every gay men want to have sex WITH YOU".. iols pernah dengar dialogue ni dalam cerita Road Trip ke, American Pie.. cam tu la..

LGBT ni memang atas dasar nafsu, jadah apa LGBT tapi tak bernafsu?
Quote Mary_jane 31-10-2018 02:10 PM
Gay dengan lelaki lembut/ straight pun tak boleh beza ke?
Quote CiliPadiSedap 31-10-2018 02:17 PM
urm sometimes susu dugro  wajib  diminum oleh seorang menteri
Quote insulin 31-10-2018 02:42 PM
Rasa sedih sangat2 dengan menteri ni....
Quote palmolive 31-10-2018 04:39 PM
a gay with no turmerical activity
Quote bakingsoda 31-10-2018 04:46 PM
tapi macam ummah twitter dgn TT jah lagi bodo, sexual orientation dengan relationship status mana mutually exclusive bodo. being gay and NOT in any kinda relationship is possible! boleh jadi dia sexually attracted dgn sesama jenis tapi takut dengan azab tuhan/takut kantoi/pemalu jadi dia tahan je la nafsu or simply belum jumpa the right one lol. boleh jadi ada jugak yg setakat bercinta songsang tapi coverina kata bff keinginan ke next level pon ada tapi tak berani/ masih ada secebis iman gittew. konsepnya sama jah dgn hubungan lelaki x perempuan, kalau tak ada gf/tak berzina tak boleh certified straight lah


Quote matchstick 31-10-2018 06:25 PM
bakingsoda: tapi macam ummah twitter dgn TT jah lagi bodo, sexual orientation dengan relationship status mana mutually exclusive bodo. being gay and NOT in any ki ...


Setuju yg ni..
Quote edee_91 31-10-2018 11:32 PM
bakingsoda replied at 31-10-2018 04:46 PM
tapi macam ummah twitter dgn TT jah lagi bodo, sexual orientation dengan relationship status mana mu ...

fuh lega... ada jugak yang bijak dalam forum ni.
Quote edee_91 31-10-2018 11:33 PM
nak tau forummers tu bijak atau bodoh, tengok je komen2 kat thread ni.
Quote dani-rox 31-10-2018 11:43 PM
bakingsoda replied at 31-10-2018 04:46 PM
tapi macam ummah twitter dgn TT jah lagi bodo, sexual orientation dengan relationship status mana mu ...

YAASS... Spot on Naluri seks =/= Melakukan seks

the samdols on twitter owe Mujahid an apology. konfiden tayang kebodohan dlm socmed... akak pulak yg menderita 2nd hand embarrassment
Quote zie_indah 1-11-2018 12:04 AM
Mujahod ke mujahad ni adoiii oak menteri agama  please lah
Quote LipasComel 1-11-2018 10:18 AM
LGBT ni berkait rapat dengan gender identity disorder.  better Dr Mujahid consult psychologist/pegawai psikologi  dulu sebelum bagi statement pasal nature of lgbt ni.
Quote jejaka_hensem 1-11-2018 11:07 AM
golongan bodoh malas berfikir ni makin menigkat di media sosial.
Quote jejaka_hensem 1-11-2018 11:09 AM
reporter yg tulia betita ni,tolong lah guna bahasa yg mudah.skrg ni ramai org bodoh,tak payah guna bahasa bombastik sgt,dorang tak faham.sel2 otak dorang tak berhubung,
Quote jejaka_hensem 1-11-2018 11:10 AM
forumers dlm ni pun sama,masing2 bodoh jugak yg tak faham apa yg menteri ni smpai kan
Quote refa 1-11-2018 04:18 PM
Terbaik la mujahid..
Quote PU-ndan 4-11-2018 10:20 AM
bodohnye forumer. yg kat twitter tu mmg ramai yg tongong pun.



Quote Mata.kucing 4-11-2018 04:58 PM
Gay tuh ape

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069041 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top