Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) memang panas di bawah pentadbiran Malaysia baharu ini. Apatah lagi ia sentiasa mendapat perhatian Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Mujahid Yusuf Rawa yang mengusulkan pelbagai cadangan untuk kebaikan golongan tersebut.
Bagaimanapun, apabila Mujahid menyatakan seramai 310,000 golongan gay tidak terlibat dengan kegiatan songsang, ia menjadi perdebatan ramai netizen kerana menyerlahkan kecetekan ilmunya mengenai perbezaan antara gay dan lelaki lembut itu sendiri.
Kredit foto: Twitter
"Kita tidak boleh kata lebih 300,000 gay, kesemuanya terlibat dalam kegiatan songsang ini. Ini kerana ada yang hanya mempunyai kecenderungan melakukan maksiat tetapi tidak pernah berbuat sedemikian kerana pelbagai sebab."
Menurut Mujahid, isunya adalah keinginan untuk menjadi gay tetapi mereka tidak melakukannya. Jadi jumlah tersebut tidak tepat kerana sudah ditangani sejak awal. Daripada jumlah itu pula, ada yang sudah sedar dengan perbuatan salah tersebut dan kembali ke pangkal jalan. Fakta tersebut diperolehi daripada Pakar LGBT di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Manakala statistik yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan pula ialah seramai 173,000 golongan LGBT di Malaysia lima tahun dahulu.
Biarpun mengeluarkan fakta yang tepat, namun penjelasan mengenai menjadi gay tetapi tidak terlibat dengan hubungan songsang dianggap sangat dangkal. Ini kerana maksud gay itu sendiri adalah orientasi seksual lelaki terhadap kaum sejenis. Jika lelaki tersebut dianggap gay, tetapi tidak menjalin hubungan seks, itu adalah lelaki lembut. Inilah yang membuatkan ramai marah dengan kenyataan kurang cerdik Menteri ini.
Tampaknya kredibiliti Mujahid dan beberapa menteri lain turut dijadikan bahan kecaman oleh netizen. Apatah lagi dengan kenyataan demi kenyataan yang tidak berpaksikan pada ilmu membuatkan netizen berasa tawar hati terhadap kepimpinan mereka.
Kredit foto: Carian Internet
Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai orientasi seksual LGBT secara jelas, jadi menjadi tanggung jawab pihak berkenaan menerangkan tanpa perlu ada spekulasi yang tidak benar. Moga Menteri menjadi lebih peka dengan situasi semasa selepas ini. - CARI
|