CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Makan Ubat Untuk Gemuk, Tapi Buah Pinggang Yang Barai

26-10-2018 03:39 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11603| Komen: 34|Original author: Oleh: Azza





Menyedihkan apabila generasi pelapis kita lebih mementingkan kecantikan berbanding menajamkan akal. Hanya kerana tidak mahu dilabelkan terlalu kurus, gemuk dan berkulit gelap, ramai anak muda mengambil jalan singkat bagi mengatasi 'masalah' tersebut. Akhirnya mereka merana kerana disahkan mengidap penyakit berbahaya dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Itulah yang terjadi kepada remaja dari Melaka, apabila dia mengambil ubat untuk gemuk tanpa preskripsi doktor. Lebih memburukkan ialah dia mengamalkannya selama dua tahun seperti tiada apa-apa hinggalah disahkan doktor bahawa buah pinggangnya rosak. 

Kredit foto: Twitter

Rintihannya dikongsi di laman media sosial bertanyakan siapa yang sudi mendermakan buah pinggang kepadanya. Ini kerana dia sudah tidak sanggup lagi menghadapi kesakitan dicucuk di seluruh tubuh. Hal ini membuatkan netizen menyuruh remaja ini meminta pertolongan daripada saudaranya, namun tiada saudara terdekat yang mahu menolongnya.

Lagi pula pendermaan hidup hanya boleh dilakukan oleh penderma terdekat sahaja. Menurut laman Facebook Derma Organ Melaka, hampir 25,000 pesakit sedang menunggu pendermaan organ.

Kredit foto:

Ramai netizen marah dengan remaja tersebut yang seolah-olah sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana ingin mencapai impiannya. Namun bagi yang mengalami masalah itu sendiri, ia adalah tekanan yang sangat mendesak. Siapa sahaja sanggup diejek dan digelar macam-macam hanya kerana 'masalah' ciptaan orang lain?


Kredit foto: Twitter

Menurut perkongsian seorang netizen, ubat yang dikenali sebagai Harsen Yellow Tablet dan Kalbe Orange Tablet ini tiada kelulusan KKM. Malahan ia tersenarai dalam pautan KKM iaitu "Senarai 162 produk dikesan mengandungi bahan terlarang yang diterima melalui pelaporan kesan sampingan ubat'.

Biarpun begitu, masih ramai tidak peka dengan pendedahan daripada pihak berwajib, sebaliknya berangan untuk terus kurus, gemuk, atau putih hanya dengan mengamalkan 'ubat racun berjadual' ini.

Ubat terlarang ini sebenarnya mengandungi steroid berlebihan. Ubat di atas mendakwa pengguna boleh menjadi gemuk memang 'menjadi' bagi sesetengah individu tetapi gemuk yang terjadi bukanlah disebabkan isi tetapi adalah berpunca dari air berlebihan (water retention) dalam badan menyebabkan buah pinggang rosak. 


2 buah pinggang yang sangat berharga pada manusia. Jangan sia-siakan dengan ubat terlarang - foto: Carian Internet

Jadi, sebagai masyarakat prihatin, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan hal sebegini tidak berlaku lagi dari akar umbi. Jika ada rakan, saudara atau orang sekeliling kita yang mengalami masalah sebegini, usah ditambah dengan gelaran yang tidak perlu seperti kurus keding, papan dan sebagainya. Jika tidak boleh menyelesaikan masalah orang, jangan pula menjadi 'batu api'. - CARI 
9

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BedahBedul 26-10-2018 03:50 PM
Hmm mula2 igt salah baca, rupanya mmg budak ni amik pil utk gemuk? Wadehek dek, kau nak gemuk xyah susah2 makan pil dek, hari2 sumbat kek, makanan manis, nasi 3 pinggan sehari, ayam goreng.. haaa lepas tu kau jgn menyesal dek sibuk nak kurus plak ye {:smile
Quote prettyuglybabe 26-10-2018 03:56 PM
nak wat cam mana..
dah manusia sekeliling tak habis-habis nak sibuk aurat orang, bentuk badan orang..
kurus kena kutuk, gemuk lagi la double kena kutuk..
hitam salah putih pun salah..
macam yang kutuk tu perfect..
dia pun dua kali lima je..
Quote Zaien 26-10-2018 04:00 PM
iskhhh... barai dh.. sayangi la buah pinggang anda!
Quote shernazz 26-10-2018 04:05 PM
Iols kena.telan celebrex ni pon minum bergelen air
I love my kidney...
Quote meklalala 26-10-2018 04:14 PM
mek pun nak berisi sikit..tapi takdenya nak telan pil..cuba makan nasi 3 kali sehari je..pipi dah nampak tembam sikit..
Quote Artemesiaa 26-10-2018 04:41 PM
Makan ler roti canai dengan teh tarik tiap hari lepas tiga bulan mesti gemuk tak perlu nak telan ubat sebegini dahlah boleh memudaratkan harga pun pastinya mahal.
Quote armin 26-10-2018 05:34 PM
BedahBedul: Hmm mula2 igt salah baca, rupanya mmg budak ni amik pil utk gemuk? Wadehek dek, kau nak gemuk xyah susah2 makan pil dek, hari2 sumbat kek, makanan man ...

Ada org mkn byk mana pun xnaik jgk bdn sbb metabolisme tinggi tp cuba jd mls n keje tido mkn je confirm naik
Quote Jorja 26-10-2018 06:01 PM
kalau d sabah ubat ni dijual tepi jalan mcm rokok  gudang garam tu.. nama ubat ni dexamethasone.. tapi ramai yg beli sebab stress bila kena judge "airport" "plywood" lah sebab kurus.. nice info bagus disebarkan.. anyway bila stop ambil ubat ni insyaAllah badan boleh pulih balik.. stop lah adik adik.. for ur info orang tu sbenarnya jeles coz kaki u panjang tu yg ejek kurus kurus sedangkn kaki dia sendiri dengan selulit pastu bila berdiri ..angin pun dah tak boleh lalu celah kangkang
Quote Catpaw 26-10-2018 06:49 PM
Tak payah la nak gemuk dik... Malaysia ni dah mendunia no 1 asia tenggara org obes... Sihat cukup la
Quote wunan88 27-10-2018 12:30 AM
kalau makan panadol ada efek jugak x kat buah pinggang?
Quote rukia2 27-10-2018 04:30 PM
wunan88 replied at 27-10-2018 12:30 AM
kalau makan panadol ada efek jugak x kat buah pinggang?

Lebih kepada kesan pd hati rasanya
Quote krustykrab 27-10-2018 07:25 PM
BedahBedul replied at 26-10-2018 03:50 PM
Hmm mula2 igt salah baca, rupanya mmg budak ni amik pil utk gemuk? Wadehek dek, kau nak gemuk xyah s ...

Tak leh sis, iol pun spesis kurus...spesiskurusni mkn mmg 3 kali sehari tp takde kunyah2 in between meals mcm yg gemukning ni. Org nmpk spesis kurus mcm mkn byk sbb time mkn tu mmg betul2 mkn, lps tu mmg x kn sentuh dh kudap2 apa pun.
Lps tu kalau stress, selera menurun, susah nk mkn mcm biasa, biasa seminggu mcm tu.
Berat cepat turun susah naik.
Quote makita 27-10-2018 11:04 PM
Artemesiaa replied at 26-10-2018 04:41 PM
Makan ler roti canai dengan teh tarik tiap hari lepas tiga bulan mesti gemuk tak perlu nak telan uba ...

Oh ni menu bfast meols ni. Tak mengemokkan utk body meols.
Yg menjadi kalu mkn aiskrim mekD singgit. Dulu try mkn 20x dlm sebulan mmg gemok. Sbb saing ank mkn ais krim. Lepas tu stop mkn ais krim sbb x selesa bdn berat.
Meols tgi 153cm...kalu cecah 51kg bdn da terasa berat malas lain mcm.
Quote kalkulatorpink 28-10-2018 07:57 AM
Jorja replied at 26-10-2018 06:01 PM
kalau d sabah ubat ni dijual tepi jalan mcm rokok  gudang garam tu.. nama ubat ni dexamethasone.. ta ...

Mcm terlampau byk sd org muda yg sakit buah pinggang walopn tiada sakit keturunan.. Prmpn tu biasanya..  Ini la bah ni jualan ubat xtentu berleluasan..
Quote Foxey 28-10-2018 10:45 AM
Jangan dengar ngat cakap orang. Kurus ke gemuk ke, janji sihat, tak kacau orang.
Quote Ninjanunu 28-10-2018 01:34 PM
Omg.. dari kecik mak jaga.. masa baby kalau org suap sebarangan mak marah.. bila dah besar senang-senang dia makan benda tak tentu hala.. kurang intelek ke memang tak menghargai badan yg diberikan oleh Allah sebagai amanah..
Quote anony-mous 29-10-2018 11:00 AM
I nak tanya, org yg mmg kurus sekeping ni klau korang melantak mcd , ice cream pon mmg xjd apa ke? Jeles betul. At least kurus sekeping xde hina sgt mcm gemuk. Still boleh bergaya. Gemuk xboleh sorok. I rasa mcm ni la masa gemuk. Rela kurus kering dari gemuk gedempol
Quote anony-mous 29-10-2018 11:23 AM
meklalala replied at 26-10-2018 04:14 PM
mek pun nak berisi sikit..tapi takdenya nak telan pil..cuba makan nasi 3 kali sehari je..pipi dah na ...

Nikmat pon dpt i phm la klau org gemuk nk kurus telan pil. Tp klau kurus nk gemuk telan pil i pelik. Syok wei dpt mkn mcm2 tanpa gemuk
Quote anony-mous 29-10-2018 11:24 AM
krustykrab replied at 27-10-2018 07:25 PM
Tak leh sis, iol pun spesis kurus...spesiskurusni mkn mmg 3 kali sehari tp takde kunyah2 in betwee ...

No wonder la. Rahsia org gemuk ni sbb selalu kudap2 susah nk buang habit tu tp berjaya jgk. Try la kudap2 cloud 9 , kek secret recipe in between sure gemuk

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.090248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top