Bagi sesiapa yang membesar pada tahun 1980an, pasti masih terkenang salah satu drama televisyen (TV) dari Jepun yang terkenal ialtu Oshin. Drama yang berlatar belakangkan zaman Meiji sehingga tahun 1980an itu memaparkan suka-duka hidup seorang budak perempuan bernama Shin Tanokura atau lebih dikenali sebagai Oshin sehinggalah beliau dewasa. Drama itu memaparkan kehidupan miskin keluarga Oshin dan cabaran-cabaran yang mereka lalui. Tahun lalu, beberapa negara Asia termasuk saluran TV Jepun WakuWaku telah memutuskan untuk menayangkan semula siri itu dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Terbaru, pelakon yang memegang watak Oshin, Ayako Kobayashi telah datang ke Jakarta untuk kesekian kalinya bagi mempromosikan tayangan semula drama masyarakat itu. Kobayashi telah memegang watak Oshin sejak beliau berumur 10 tahun lagi. Semasa ditemubual oleh media Indonesia termasuk CNN Indonesia, Kobayashi mengatakan beliau tidak menyedari populariti siri drama itu ketika masih kecil tetapi hairan mengapa beliau selalu dijemput ke negara-negara seluruh dunia. Kini, Kobayashi berbangga dengan watak Oshin kerana menjadi bahagian penting dalam kerjaya lakonannya. Menurut Kobayashi, beliau berhenti berlakon sementara selepas drama itu tamat untuk menyelesaikan pengajiannya. Beliau kini aktif dalam lakonan TV, radio dan pertunjukan teater. Mengulas mengenai perkembangan drama Oshin, Kobayashi berharap stesen TV akan mula menayangkan siri itu walaupun telah 30 tahun berlalu kerana pengisiannya masih relevan sehingga kini. Dalam drama Oshin, beliau selalu digambarkan sebagai seseorang yang positif dan mampu menjadi inspirasi kepada golongan muda. Kobayashi berharap penonton dapat belajar sesuatu daripada watak Oshin. Persoalannya, masih adakah penonton Oshin di Malaysia jika drama ini ditayangkan semula seperti di negara Jepun dan Indonesia? -CARI |
33
Bagus |
26
Marah |
23
Terkejut |
24
Sedih |
24
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kikuri replied at 29-10-2018 04:27 AM
kecik kecik dulu rajin la tengok oshin... suka tengok pipi dia yang merah merah tu... mop lantai gun ...
penjejak-awan replied at 29-10-2018 01:03 PM
Mesti la ingat weh..layan satu famili cerita ni..
Bangku replied at 29-10-2018 01:01 PM
Acik tengok cerita oshin ni dari dia kanak2 sampai dia tua..dari dia miskin sampai kaya..best cerita ...
auntyaya replied at 29-10-2018 01:13 PM
citer nie best oooo ... zaman saya ler tew
tri-max replied at 29-10-2018 12:52 PM
team bola tampar jepun buat somersault berpusing - akulah die hard fan hahahah
tiap2 ptg tggu ...
ADVERTISEMENT