Baru-baru ini, seorang hakim di Washington dilaporkan tangkas mengejar dua defendan yang cuba melarikan diri dari mahkamah.
Memetik laporan Daily Mail, Kodey Howard dan Tanner Jacobonson nekad keluar dari mahkamah dalam keadaan tangan masih bergari sambil dikejar oleh hakim R W Buzzard. Rakaman kamera keselamatan di premis itu menunjukkan Buzzard mengejar mereka yang menuruni tangga sebelum berjaya tahan kedua-duanya di pintu keluar. Susulan insiden itu, kedua-dua defendan itu telah berdepan tuduhan feloni cuba melarikan diri darjah kedua. Syerif Rob Snaza yang bertugas di mahkamah itu teruja dengan ketangkasan hakim Buzzard dan berkata kejadian seperti itu jarang sekali berlaku. Bagaimanapun, tidak jelas dakwaan asal yang dikenakan ke atas mereka hingga menyebabkan kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah. Kamera keselamatan di sekitar bangunan itu turut merakamkan 'drama' kejar-mengejar tersebut.- CARI |
22
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT