Seorang remaja yang pengsan sewaktu melakukan aktiviti kurikulum universiti berasa dunianya gelap gelita apabila doktor menyarankan agar dirinya menjalani ujian saringan HIV.
Cuaca terik melampau menyebabkan Mohammad Anas Zikril Hakim Alias, 19, pengsan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka. mStar online melaporkan, muka anas senget dan matanya tidak berhenti berkedip. ">Loading Tweet...
"Ini kali ketiga saya pengsan di kampus. Sedar-sedar je dah kat hospital. Saya diminta untuk buat imbasan CT. Bila dah selesai semua doktor bahagian kecemasan datang. "Datang-datang terus tanya... awak tahu tak awak ada Bell's palsy both sides? Bermacam-macam mereka tanya. Dah kahwin ke belum? Awak dah ada anak ke? Duduk dengan siapa? Parents dekat mana? "Lepas jawab semua pertanyaan itu, doktor kata esok saya kena jumpa pakar saraf. Dekat kepala dah fikir macam-macam. Mana taknya, macam-macam soalan ditanya end up dia suruh jumpa pakar saraf." Tambahnya lagi, "Pagi esok, doktor pakar datang. Dia tanya soalan sama lagi. Lepas tu macam berlapik nak cakap sesuatu. Dia tanya awak tahu tak yang kebanyakan masalah berkaitan saraf muka dan otak ini selalunya ada HIV. "Jadi dia minta saya buat ujian HIV. Bila dengar doktor cakap macam tu, saya rasakan dunia saya gelap, hidup saya seperti tiada arah tuju. "Saya bercakap dalam hati, Ya Allah, apa lagi ujian yang engkau beri padaku, tak cukup lagikah dengan apa yang aku lalui sekarang ini." Namun lega selepas keputusan ujian HIV tersebut negatif. "Saya bersyukur kerana tidak menghidap HIV tapi penyakit Bell's palsy dan twitching saya masih sama sampai sekarang. Kalau nak diikutkan saya dah give up. Saya rasa macam tiada sebab dah nak hidup lagi. "Hari-hari saya fikir nak bunuh diri sebab tak tahan. Tapi yang menguatkan diri saya sebab agama dan Allah. Itu sebab saya masih ada dekat dunia ni." Buat pengetahuan, Bell's palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas. "Sudahlah muka senget di sebelah kanan, mata pula tak berhenti-henti berkerdip, pipi pun bergetar. Ada orang kata saya mengada-gada tapi mereka tak tahu apa yang saya lalui sebab mereka hanya melihat dari luaran. "Bayangkan kalau mata anda tak henti berkerdip manakala pipi pula bergetar selama setengah jam. Apa anda rasa? "Saya jadi tak selesa. Kepala pun terasa sakit, penat dan badan jadi tak sihat. Kesan sakit kepala tu sampai ke telinga. "Saya juga tak boleh kena panas. Nak senyum, nak gelak... nak menangis semua tak boleh. Saya kena kawal emosi saya. Saya tak boleh beri apa-apa tekanan terhadap muka saya. "Jika saya tak kawal emosi, twitching tu akan start. Twitching tu akan berhenti sendiri, paling lama setengah jam.-CARI |
17
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
9
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 24-10-2018 08:58 AM
Dulu2 zaman sek.. ada sorang budak pompuan jenis mata asyik terkenyit2 sebelah mata... tgk semua org ...
ADVERTISEMENT