CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masih Tercari-Cari Jodoh? Mungkin Pasangan Anda Belum Lahir Lagi. 7 Pasangan Ini Buktikan Cinta Tak Kenal Usia

24-10-2018 11:31 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8629| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Perbezaan umur yang besar antara pasangan selalu kita dengar membabitkan pasangan lelaki yang lebih tua dan wanita yang jauh lebih muda.  Walau bagaimanapun, trend cougar semakin menjadi pilihan ramai seiring dengan trend di Hollywood di mana artis-artis wanita terkenal seperti Jennifer Lopez, Mariah Carey, Demi Moore atau Madonna lebih suka memilih pasangan lelaki yang jauh lebih muda daripada mereka.


Kredit Foto: Carian Google

Di Indonesia dan Malaysia, terdapat beberapa pasangan cougar  ini yang menggemparkan ramai kerana perbezaan umur yang besar di antara wanita usia lanjut dan suami lebih muda. Yang penting, 7 perkahwinan ini membuktikan cinta tak kenal siapa;

 

Zulhery (25) dan Nuraisyah (60)


Kredit Foto: Tribun Medan

Pasangan dengan beza usia 35 tahun ini berasal dari Aceh Utara dan mula berkenalan melalui telefon pada 24 November 2017. Perbezaan usia tidak menghalang mereka untuk melangsungkan pernikahan pada 18 Oktober 2018 di Pejabat Agama selepas 10 bulan menjalin hubungan. Menurut sang isteri yang bekerja sebagai tukang cuci, ketika si suami mula berterus terang ingin menjalin hubungan rapat dengannya, beliau berterus terang tentang usianya yang jauh lebih matang tetapi Zulhery serius untuk menikah. 'Selepas mendapat persetujuan keluarga kedua belah pihak, kami sepakat menikah' kata Nuraisyah. Uniknya Nuraisyah juga belum pernah berkahwin. Selepas perkahwinan mereka, Zulhery yang bekerja sebagai nelayan memutuskan untuk tinggal di rumah isterinya.

 

Rokim (24) dan Tampi (67)


Kredit Foto: Apekecoh

Rokim dikatakan sudah mengenali Tampi sejak 8 tahun sebelum berkahwin ketika dia masih berusia 16 tahun lagi. Perbezaan umurnya yang lebih 43 tahun tidak mengurangkan cintanya.  Menurut Rokim, beliau pada mulanya rasa kasihan dengan Tampi yang tinggal sendirian . 'Saya simpati dengan hidupnya seharian sebagai buruh, jadi saya sering ke rumahnya untuk bermain dan menemaninya' kata Rokim. Ternyata rasa kasihan itu lama-lama membuatnya jatuh cinta. Tampi tidak teragak-agak menerima pinangan Rokim dengan mas kahwin Rp50 ribu (RM15) kerana perilakunya yang baik. Rokim mengatakan Tampi adalah cintanya yang pertama dan terakhir.

 

Slamet Riyadi (16)  dan Rohaya (71)


Kredit Foto: Tribun Timur

Dalam seusia 16 tahun, ternyata Slamet Riyadi telah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang jauh lebih tua daripada neneknya. Si isteri Rohaya (71) sendiri bukannya orang yang senang jadi kalau ada komen yang menuduh Slamet cuba mendapat kekayaan dari perkahwinan ini, tohmahan itu ditolak mentah-mentah oleh Slamet. Menurutnya, rasa cinta terbit daripada perhatian yang diberikan oleh Rohaya kepadanya. Slamet sendiri adalah anak yang terbiar akibat perceraian ibu bapanya jadi perhatian yang diberikan oleh Rohaya yang menjaganya ketika dia sakit malaria menyebabkan mereka bersetuju untuk berkahwin selepas berkenalan hanya 6 bulan, walaupun ditentang oleh keluarga pengantin lelaki.


Ade Irawan (21) dan Manih (67)


Kredit Foto: Sriwijaya Post

Perbezaan usia  lebih 46 tahun tidak menghalang pasangan ini untuk jatuh cinta. Mereka berkahwin selepas berkenalan hanya seminggu! Ternyata hubungan mereka bermula daripada luahan rasa cinta si isteri dan kemudian disambut oleh si suami. Ade yang bekerja sebagai buruh bangunan menolak dituduh sebagai mata duitan. Memandangkan pendapatan Ade tidak seberapa, perbelanjaan perkahwinan mereka ditanggung sepenuhnya oleh Manih yang menjual sebidang tanahnya dengan harga Rp20 juta (RM6,000) di mana Rp 3juta (RM940) dikatakan diguna untukmembeli gigi palsu khas. Manih yang kaya raya juga dikatakan mempunyai simpanan lebih Rp200 juta (RM63,000) di bank.

 

Martha Bate (82) dan Sofian Loho (28)


Kredit Foto: Info Teratas

Pasangan yang berasal dari Sulawesi Utara ini bertemu apabila Sofian tersilap mendail nombor telefon kawannya dan disambut oleh Martha. Mereka kemudiannya meneruskan komunikasi melalui telefon sebelum memutuskan untuk berjumpa 2 minggu kemudian. Sofian mulanya terkejut dengan rupa Martha yang terlalu tua berbanding perkiraannya. Tetapi kerana terlanjur jatuh cinta, mereka meneruskan perhubungan dan mengambil keputusan untuk bernikah. Lucunya, ketika ibubapa Sofian datang meminang, mereka berfikir cucu Martha yang akan berkahwin dengan anak lelaki mereka. Selepas berkahwin pada 18 November 2017, Sofian memutuskan untuk tinggal di rumah Martha. 

 

Wook Kundur (106) dan Mohd. Nor Musa (37)


 

Kredit Foto: Utusan Online

Perkenalan mereka bermula apabila Mohd. Nor menyewa sebuah rumah milik Wook. Pada mulanya Mohd. Nor hanya menganggap Wook seperti ibunya tetapi perasaan itu bertukar menjadi rasa cinta. Nenek Wook mencadangkan mereka berdua barkahwin kerana beliau telah lama hidup sendirian dan untuk mengelakkan pandangan serong masyarakat setempat. Mohd Nor pula bersetuju kerana ingin menjaga kehidupan nenek Wook dengan lebih sempurna. Malang menimpa nenek Wook kerana rupanya si suami seorang penangih dadah dan dipenjarakan sejurus kemudian. Walau bagaimanapun, Nenek Wook berkata dia akan terus setia menanti suaminya keluar dari penjara dan hidup bahagia seperti pasangan orang lain.

 

Jadi buat para wanita yang belum berpunya, jangan putus asa kerana mungkin pasangan anda masih belum lahir! -CARI

10

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 12:52 PM
Wook Kundur ungguli carta
Quote meklalala 24-10-2018 01:36 PM
mek rasa jodoh mek bukan belum lahir, tapi tengah habiskan duit untuk perempuan lain...biasa diaaaaa, siap kalau dah jumpa mek nanti, mek piat telinga dia
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 01:40 PM
meklalala replied at 24-10-2018 01:36 PM
mek rasa jodoh mek bukan belum lahir, tapi tengah habiskan duit untuk perempuan lain...biasa diaaaaa ...

Entah2 dia tengah gian jadi budak raver kot sis??
Quote meklalala 24-10-2018 01:42 PM
Sang_Pencinta replied at 24-10-2018 01:40 PM
Entah2 dia tengah gian jadi budak raver kot sis??

wujud lagi ke geng budak raver sekarang? bukan dah bertukar jadi geng basikal lajak(betul ke basikal lajak ni?)
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 02:50 PM
meklalala replied at 24-10-2018 01:42 PM
wujud lagi ke geng budak raver sekarang? bukan dah bertukar jadi geng basikal lajak(betul ke basik ...



Kena tahan polis bakal laki sis
Quote meklalala 24-10-2018 03:00 PM
Sang_Pencinta replied at 24-10-2018 02:50 PM
Kena tahan polis bakal laki sis

astagfirullah....takpe hidup mesti diteruskan, sis cari laki lain..LOL
Quote armin 24-10-2018 04:53 PM
Dasatnya wook kundur.. sanggup tunggu lagi ya.
Quote Catpaw 24-10-2018 05:05 PM
meklalala replied at 24-10-2018 01:42 PM
wujud lagi ke geng budak raver sekarang? bukan dah bertukar jadi geng basikal lajak(betul ke basik ...

Betul la tu mek, harap mek dapat hadiahkan basikal lajak paling power utk bakal somi mek
Quote meklalala 24-10-2018 05:31 PM
Catpaw replied at 24-10-2018 05:05 PM
Betul la tu mek, harap mek dapat hadiahkan basikal lajak paling power utk bakal somi mek

phewwww basikal pun mahai..sis beli sikal mainan je lah..letak dalam rak elok elok..haha
Quote tajmahal 24-10-2018 05:49 PM
kisah wook kundur tu legend!
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 05:59 PM
armin: Dasatnya wook kundur.. sanggup tunggu lagi ya.


Dapat pucuk muda, mana dia taknak tunggu
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 06:00 PM
meklalala: phewwww basikal pun mahai..sis beli sikal mainan je lah..letak dalam rak elok elok..haha



Kalau basikal mainan saja nanti dia cari wanita lain sis.
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 06:01 PM
tajmahal: kisah wook kundur tu legend!



Dulu ada ura2 diorang ni nak ambil anak angkat kan?
Quote umbut 24-10-2018 06:23 PM
Yg nek wook katanya utk elak pandangan serong.. sapaler yg nak pandang serong
Quote Sang_Pencinta 24-10-2018 06:28 PM
umbut replied at 24-10-2018 06:23 PM
Yg nek wook katanya utk elak pandangan serong.. sapaler yg nak pandang serong

Perasan hot stuff saja nenek ni...
Quote Mary_jane 24-10-2018 10:49 PM
Kalau dah jodoh, sauk jela. Untung yang dapat isteri berharta. Boleh cuci kaki.
Quote Sang_Pencinta 25-10-2018 12:39 PM
Mary_jane replied at 24-10-2018 10:49 PM
Kalau dah jodoh, sauk jela. Untung yang dapat isteri berharta. Boleh cuci kaki.

Ade Irawan tu macam dapat pasangan berharta kan? Untunglah
Quote rosasa 25-10-2018 04:16 PM
Sang_Pencinta replied at 24-10-2018 02:50 PM
Kena tahan polis bakal laki sis

shittt ahahaha..terkekek hakak ketawa
Quote Sang_Pencinta 25-10-2018 06:20 PM
rosasa replied at 25-10-2018 04:16 PM
shittt ahahaha..terkekek hakak ketawa

Kenapa sis? Bakal sis pun masih pakai pempers sekarang ya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.182057 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top