Seorang wanita terbunuh akibat tersepit di pintu garaj automatik selepas bertanya kepada rakannya sama ada dia pernah 'bergantung pada pintu garaj automatik ketika ia sedang dinaikkan'.
Memetik Daily Mail, pekerja sosial Heidi Chalkley, 40, diseret hingga ke penggelek panel sebelum tersepit dan meninggal dunia. Rakannya, Susan Gilmore hanya mampu melihat detik mencemaskan itu sebelum Heidi meninggal dunia dalam keadaan mengerikan. Susan mendakwa dia menyangka Heidi hanya bergurau dan akan melepaskan panel pintu berkenaan. "Namun, dia mula panik kerana tangannya tersepit di penghalang," katanya. Menurut laporan, seorang lelaki yang tinggal berdekatan cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun paramedik mengesahkan dia sudah terlewat kerana kepala Heidi sudah tersepit di antara panel pintu dan siling. Menurut keterangan saksi, dia melihat wanita itu tergantung tiga kaki dari lantai dan darah keluar dari mulutnya. Bedah siasat mendapati, mangsa mengalami keretakan pada rahang, tulang rusuk, tulang belakang dan lengannya. Pemeriksa kesihatan dan keselamatan, Graeme Warden berkata, pintu garaj berkenaan sudah beberapa kali dilaporkan mengalami kerosakan. - CARI
|
25
Bagus |
36
Marah |
10
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Foxey replied at 23-10-2018 11:19 AM
hmm... takleh imagine camana dia bergantung kat garaj, then tersepit. pemahaman fox ni kurang ke dal ...
anony-mous replied at 23-10-2018 11:28 AM
Agknya antara pagar besi & dinding tu ada ruang kosong kot so tersepit celah tu. I pon tgh cuba me ...
duri_durians replied at 23-10-2018 01:07 PM
kan pintu garaj tu roller shutter... so antara roller shutter mesti lah dinding kan?
imaginasi ...
ADVERTISEMENT