CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu 'Diupah' Buat Kecoh, Perjumpaan Dengan Tun M Disabotaj?

22-10-2018 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3150| Komen: 19

Pemandu teksi terutama yang bertindak biadab di hadapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam majlis perjumpaan bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi diingatkan supaya tidak 'meroyan' jika pengguna lebih memilih perkhidmatan e-panggilan, Grab.


Memetik Sinar Harian, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan tindakan pemandu teksi terbabit kelihatan seperti samseng.



“Tiada siapa paksa anda pandu teksi atau GRAB. Perniagaan ialah persaingan. Siapa (teksi atau Grab) yang pelanggan suka maka dia (teksi atau Grab) untung. Kenapa pula nak minta kerajaan halang pilihan majoriti pelanggan?

“Sikap pemandu teksi perlu berubah dan terimalah hakikat bahawa sekarang zaman persaingan perkhidmatan mana yang lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian.


Selain itu, Faiz menegaskan pemandu teksi sepatutnya perlu memanfaatkan teknologi aplikasi mudah alih telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan selain adil dan jelas mengenai kadar bayaran.

“Jika diwajibkan guna meter maka ikutlah kadar dari meter. Jaga etika dengan pelanggan. Guna sistem rating oleh pelanggan sebagai mekanisme penilaian perkhidmatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Astro AWANI melaporkan, Pengerusi Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia), Zailani Isaisuludin tidak menolak unsur sabotaj dalam kejadian kekecohan di majlis berkenaan.

Zailani menegaskan individu yang menimbulkan kekecohan itu bukan anggota persatuan mereka.

"Saya pun tidak kenal mereka, mungkin mereka diupah pihak tertentu untuk buat kacau di dalam perjumpaan dengan perdana menteri hari ini.

"Oleh itu saya menyangkal keras bahawa Perjiwa membuat perdana menteri berasa kecil hati. Itu bukan tindakan Perjiwa Malaysia. Itu adalah tindakan segelintir yang diupah oleh pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian majlis yang diadakan pada hari ini," katanya.

Sesi dialog yang diadakan bersama perdana menteri itu bertukar kecoh apabila beberapa individu bertindak biadab keluar majlis dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas Dr Mahathir tidak mahu memberi jaminan akan menghapuskan perkhidmatan e-hailing, Grab. - CARI
11

Bagus
16

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 22-10-2018 10:23 AM


Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Texi ni kena tgk masalah peneroka felda .. masalah perneroka lagi besar!
Quote tokmuda 22-10-2018 10:27 AM
DARSITA replied at 22-10-2018 10:23 AM
Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Texi ni kena tgk masalah peneroka felda .. ma ...

kerana post kau kantoi ngaku memberi rasuah kat pegawai imi nak cepatkan proses passport, maka rosak sudah nama kau. memalukan.





Quote akusukaq 22-10-2018 11:03 AM
umno dah takda kuasa.duit pun dah kena beku.kosser nak buang duit bayar upah.buang boreh je.
Quote namirulmukminin 22-10-2018 11:06 AM
akusukaq replied at 22-10-2018 11:03 AM
umno dah takda kuasa.duit pun dah kena beku.kosser nak buang duit bayar upah.buang boreh je.

Haaa.. jwpn ni logik.. Tapi pecaya la.. Mahadedak takkan dapat terima jwpn mcm ni...
Quote Tlalu 22-10-2018 11:20 AM
Duit dlm rumah yg dijumpai shj dibekukan..yg tak dijumpai..masih boleh diguna pakai.. hehe..sapa support buat baju sedondon merah masa demo....... gi retreat team buildingbelajar cara demo... pastu di IG memasing gi bersuka suka okjer hehe dan menyempat juga meroyan membawang new gomen..tapi takper dibenarkan ..duit memasing yg punya... tapi nak kata takder kewangan tu ..cam sush nak percaya.. harta 7 keturunan ..takan abis lepas pru14.
Quote akusukaq 22-10-2018 11:54 AM
Edited by akusukaq at 22-10-2018 12:06 PM

tak hairan pun kalu memang betul yg terpekik tu memang pemandu teksi. dorang pun dah biasa diasuh budaya  kurang ajar masa sokong ph dulu.sekarang giliran tun plk kena maki.bertabah la wahai mahacai.terima lah kenyataan kalu najib sedia dimaki tun pun apa kurang
Quote ra5101 22-10-2018 11:59 AM
Aku tengok kat mana ntah, yg terpekik terlolong tu orang PPBM. Waktu PRU14 siap letak bendera PPBM kat teksi.
Quote armin 22-10-2018 06:08 PM
Yeke diupah. Pemandu teksi mmg biadab macam tu pun selalunya
Quote Bedah.Cun 22-10-2018 06:28 PM
PPBM neh cuma cermin parti sblom neh jer. Gi mamposlah kaw
Quote monsterwife 22-10-2018 06:30 PM
tokmuda replied at 22-10-2018 10:27 AM
kerana post kau kantoi ngaku memberi rasuah kat pegawai imi nak cepatkan proses passport, maka ros ...

Hehehe... Lama tak tengok tok kat forum. Pg mn?
Quote akusukaq 22-10-2018 06:33 PM
Edited by akusukaq at 22-10-2018 06:37 PM
ra5101 replied at 22-10-2018 11:59 AM
Aku tengok kat mana ntah, yg terpekik terlolong tu orang PPBM. Waktu PRU14 siap letak bendera PPBM k ...


dah memang  pemandu teksi dr parti tun. tak timbul isu   makan upah atau sabotaj.dulu berkempen sakan siap lekat bendere besar kat teksi. sekarang dah
ter sedar kena kencen siap lah terpekik maki hamun.selayak nya lah
Quote FailFish 22-10-2018 06:33 PM
upah apa..dulu buat kat najib
now kat kutty pulak
memang style macam tu..dah marah sgt
Quote xy_daen 22-10-2018 07:14 PM
Dengan pemimpin pun kurang ajar...bayang kan dengan penumpang macam mana...
Quote tokmuda 22-10-2018 07:57 PM
monsterwife replied at 22-10-2018 06:30 PM
Hehehe... Lama tak tengok tok kat forum. Pg mn?

sibuk pi bagi ceramah pasal pemberi dan penerima rasuah, cerammah tang dosa fitnah, dosa janji tak tepati pada golongan2 neraka yang menjahanamkan negara.


Quote anony-mous 22-10-2018 08:00 PM
Tak ada makna diupah. Bkn esok nk PRU pon. Lgpon mmg xheran perangai pemandu teksi mmg samseng
Quote Simunggu 23-10-2018 08:10 AM
hahaha...alasan...memang gang mereka
Quote chinta89 23-10-2018 08:14 AM
armin replied at 22-10-2018 06:08 PM
Yeke diupah. Pemandu teksi mmg biadab macam tu pun selalunya

btl tu iols sokong, yg btl2 sopan berapa kerat je...
Quote Sham143 25-10-2018 05:53 PM
Pemandu teksi apasal nk buat kecoh..Pd saya simple aje..kalau bawa teksi tk menguntungkan, tukar bawa grab pulak la..
Quote Sham143 25-10-2018 05:55 PM
Pemandu2 teksi yg kecuh2 ni gerenti orang umno..hi..hi..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047736 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top