CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Span Magik, Berkesan Bersihkan Kotoran. Hebat Sampai Susah Nak Percaya

7-11-2018 11:17 AM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 17438| Komen: 63|Original author: monolog

Seorang rakan penulis pernah merungut kerana sukarnya menyental lantai bilik air yang degil kadar dakinya. Malah ada yang menggunakan pelbagai petua. Misalnya menggunakan cuka dicampur dengan 'baking soda', namun hasilnya tidak memuaskan hati.

 

Banyak juga produk pencuci pembersih daki atau kulat untuk lantai tandas terdapat di mana-mana pasaraya. Bukannya tidak berkesan, namun harganya boleh tahan mahalnya. Bagaimanapun rakan penulis telah menemui satu span yang dikenali sebagai span magik dalam menyelesaikan masalahnya.

 

Span tersebut dikenali sebagai span magik atau malamin span. Hai kenapa magik pula namanya? Mari kita selongkar kenapa span ini dikatakan berkesan menghilangkan kotoran dengan cepat, malah murah.


kredit foto : google

 

Span ini berharga sekitar RM2.00 hingga ke RM5.00 , mengikut saiz dan bilangan. Produk ini juga ada dijual secara online contohnya di shopee.com. Rakan penulis mendapatkanya di kedai Eco, namun span ini juga popular di jual di kedai Daiso.

 

Kenapa dikatakan magik? Span ini dikatakan boleh menanggalkan kotoran tanpa bantuan agen cucian seperti sabun mahupun produk peluntur. Span hanya perlu dibasahkan dengan sedikit air, kemudian pengguna hanya perlu menggosok dan mengesat permukaan yang kotor menggunakan span tersebut.


kredit foto : google

Sama ada kasut putih yang lebam, kusyen kereta yang suram, beg tangan yang sudah pudar warnanya mahupun dinding rumah yang dipenuhi contengan, span ini mampu menghilangkannya secara mudah. Wah hebatkan?


Saranan dari rakan penulis, membuatkan nafsu untuk membeli tidak tertahan-tahan lagi. Jom kita sama-sama cari dan mencuba keberkesanannya span ini. - CARI 

17

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 7-11-2018 11:47 AM
Shopee murah.. 100 kpg baru 6.00

Daiso mahal... 1 kpg 5.++
Quote myakayina 7-11-2018 11:59 AM
mmg berkesan ke?
Quote syidasaleh 7-11-2018 12:01 PM
Siapa pernah guna. Share la review
Quote mizruncing 7-11-2018 12:11 PM
yesss i penah guna. husband beli mase lepak kat mamak. ada org dtg jual kt org yg mkn kt situ. tp husband beli rm10. hampeh btol. kt luar lg murah rupanya. beria cari balik bro yg jual dlu tu. tp siyes mmg best klu nk cuci dapur. tak payah sabun dh sbb dlm span tu sdri ade sabun ke camne ntah org tu explain kt laki iols dlu. sbb tu namenya magik. mmg berkesan laa
Quote nisako 7-11-2018 12:23 PM
wah berkesan eh … boleh beli le..
Quote Cyempaka 7-11-2018 12:27 PM
ya berkesan. cuci sinki, tiles bilik air.. putih berkilauan jadinya. biasa aku beli kat mr.diy je.. rm3++
Quote monolog 7-11-2018 12:28 PM
kan kan kan...terbaik..
Quote prettyuglybabe 7-11-2018 12:32 PM
Edited by prettyuglybabe at 7-11-2018 12:35 PM

yes.. memang berkesan..tengok cara sentalan..
kalau lemah lembut cam i, amik masa gak la..
cuma kalau nak beli try beli satu tengok ok ke tak..
ada i baca setengah cepat hancur..
i beli kat mr. diy.. so far ok la..
kedai eco memang tak jumpa la..
habis manjang..
Quote prettyuglybabe 7-11-2018 12:33 PM
umbut replied at 7-11-2018 11:47 AM
Shopee murah.. 100 kpg baru 6.00

Daiso mahal... 1 kpg 5.++

kualiti ok tak? share la nama seller..
Quote meklalala 7-11-2018 12:33 PM
memang berkesan! selalu guna untuk cuci area sinki dan dapur..bersih tak perlu pakai sabun daaaaa
Quote Mary_jane 7-11-2018 12:38 PM
Betul ke boleh lap kat handbag. Kang berguguran kulit tu.
Quote makkenits 7-11-2018 12:39 PM
yg nak beli kat shopee tu, better be careful.. aku dah terkena hokayyyy.. yg dpt tu span biasa wpun dlm shopee tu dia kata span magik.. bila tonyoh kat tiles xde beza apa pun compare to span magic yg aku beli kat kedai eco n mr diy.. lahabau sungguh.. last2 anak aku buat main je..
Quote friedfishsoup 7-11-2018 12:52 PM
prettyuglybabe replied at 7-11-2018 12:33 PM
kualiti ok tak? share la nama seller..

Rasanya daiso better
Quote prettyuglybabe 7-11-2018 12:54 PM

thanks fried.. nanti stock i habis, i nak try daiso punya pulak..
mahal kalau kualiti puas hati, i ok je..
Quote prettyuglybabe 7-11-2018 12:55 PM
makkenits replied at 7-11-2018 12:39 PM
yg nak beli kat shopee tu, better be careful.. aku dah terkena hokayyyy.. yg dpt tu span biasa wpun  ...

kesiannya.. i tak pernah beli kat shopee..
tapi bukan kata kalau barang tak ok or kena tipu u boleh report kat shopee ke?
nanti dia pulang semula duit u..
Quote whadda 7-11-2018 03:02 PM
hari tu beli kat diy tapi cepat hancur... sebab nampak post kat fb orang tu gosok kasut jadi bersih so aku pon try la kat kasut.. letih aku tonyoh.. kasut kulit ke kasut sekolah ke kasut jenis kain ke semua dah try.. lastnye berderai sponge tu.. trus simpan tak pakai dah.. kat bilik air tak pernah try lagi.. klo guna dalam bilik air kene buang ke lepas sekali guna?
Quote friedfishsoup 7-11-2018 03:17 PM
whadda replied at 7-11-2018 03:02 PM
hari tu beli kat diy tapi cepat hancur... sebab nampak post kat fb orang tu gosok kasut jadi bersih  ...


Mmg pakai sponge tu berderai. Setiap kali pakai, akan hancur. So kena buang.
Tu pasal kalau magic sponge kat daiso, DIY atau shopee, Dorang jual kuantiti yg banyak. Sbb sponge tu akan hancur lepas guna. Cuma DIY macam satu sponge kene potong2 dulu ke apa ntah.
Quote whadda 7-11-2018 03:28 PM
friedfishsoup replied at 7-11-2018 03:17 PM
Mmg pakai sponge tu berderai. Setiap kali pakai, akan hancur. So kena buang.
Tu pasal kalau mag ...

ooo.. memang camtu ke konsepnye.. haah kat diy jual jenis sekeping besar kene potong2
Quote vimash 7-11-2018 04:36 PM
mmg berkesan. cuci sinki, kemain berkilat. cuci cerek pun berkilat ... sental contengan crayon kat meja pun tanggal...

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.101738 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top