CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Lebih Sejam Aku Tunggu! Staf Klinik Kerajaan Memang Makan Gaji Buta Ke?

19-10-2018 12:13 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11681| Komen: 82|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Google (Gambar hiasan)
Hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati orang ramai. Bagaimana pun, akibat bilangan pesakit yang memerlukan rawatan semakin bertambah ramai, kadang kala ia diluar kemampuan kakitangan perubatan untuk melayan dan memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan. Jadi, ramai yang tahu dan sedia maklum bahawa mereka perlu bersabar dan berlapang dada sekiranya ingin mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan. 

Seorang pengguna twitter memuat naik satu status tidak berpuas hati dan begitu marah dengan perkhidmatan sebuah klinik kesihatan kerajaan yang tidak menepati masa temujanji yang diberikan kepadanya. Dia yang datang 15 minit lebih awal dan berharap temujanjinya pada pukul 10 pagi ditepati tetapi setelah lebih sejam menunggu, namanya masih belum dipanggil untuk menerima rawatan.  



Macam la tak biasa pergi Klinik Kerajaan?
Ramai netizen yang mengecam status yang dimuat naik oleh wanita ini kerana seolah-olah tidak memahami keadaan di klinik kesihatan kerajaan yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang juga ingin mendapatkan rawatan. Kelewatan nama dipanggil untuk menerima rawatan adalah perkara biasa dan dia sepatutnya tidak boleh menyangka yang dia akan dilayan mengikut masa temujanji tersebut. 

Nama tercicir rupanya

Netizen ini cuba untuk mempertahankan situasi wanita tersebut apabila dia teruk dikecam oleh ramai netizen lain. Rupanya nama wanita itu tercicir sehingga menyebabkan dia terpaksa menunggu lama.  

Kakitangan perubatan pun bagi respon

Seorang netizen yang merupakan seorang kakitangan perubatan turut memberi respon kepada status wanita ini. Dia berkongsi bagaimana sibuknya kakitangan perubatan ketika bertugas dengan pelbagai masalah pesakit yang perlu diselesaikan. Jadi, wanita ini tidak sepatutnya meroyan di media sosial untuk mengutuk mereka memakan gaji buta setiap masa. 

Pergi saja ke klinik swasta kalau nak cepat!
Ada netizen yang mencadangkan dia pergi sahaja mendapatkan rawatan di klinik swasta yang sudah pasti dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan tidak perlu menunggu lama. Jika terlalu sibuk atau padat dengan urusan harian, lebih baik tidak mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan yang pastinya boleh membuatkan diri hilang sabar.  


Klinik swasta pun perlu menunggu juga
Malah menurut beberapa orang netizen, walau di klinik swasta sekalipun, ada dalam kalangan mereka yang perlu menunggu lama. Jadi, tidak hairanlah jika terpaksa menunggu walaupun masa temujanji sudah ditetapkan kerana kadang kala kakitangan perubatan sendiri ada perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan. 
 
Jadi, untuk kes bukan kecemasan, harap kalian dapat bersabar dan berlapang dada sekiranya ingin mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Jika ingin melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, gunakan saluran yang sepatutnya untuk membuat aduan agar ia sampai kepada pihak terbabit. Setuju tak? - CARI 

17

Bagus
25

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 19-10-2018 12:16 PM
baru sejam...ada org tggu stengahari pun tak bising
Quote ayjay 19-10-2018 12:18 PM
Sangsi betul kalau doktor punya BI ke laut dalam.
Quote ayjay 19-10-2018 12:20 PM
Klinik swasta hatta klinik pakar sekalipun kdg2 tu tunggu lama dari waktu temujanji.
Adik saya scheduled c-section 11am pun boleh tunda ke 3pm sebab doc ada kes emergency. Bil RM10k masa tu. Nak kena meroyan marah ke? Lol
Quote prettyuglybabe 19-10-2018 12:40 PM
biasa la manusia tak berduit ni..
eksyen dia ngalahkan diva..
Quote CardiGans85 19-10-2018 12:45 PM
Baru2 ni aku punya usg appointment di gomen hospital pkl 9.30am tapi dah terpacak 7.20am. At 9.30 am tu aku tgh borak2 dgn mak cik dan pak cik sebab ddk semeja di kafeteria sebab urusan aku dah selesai.

Sebelum ni aku mmg pi private. Contoh yg aku pernah kena: appointment untuk jumpa gynecologist pada pkl 10am tapi tetiba ada patient lain terbesalin awal+ complications,  aku tunggu jugak sampai kol 1pm.

Tu belum lagi aku temankan anak saudara g hospital private, 2 jam jugak tunggu.

So, win-win.  Kalau kau red code, mmg dorg akan attend kau dulu. Apa2 bawak bersabar la.
Quote jebatmaspunyer 19-10-2018 12:48 PM
hospital govt kalau tak kena tunggu lama memang ajaib lah.. harus kena post kat media social and viralkan kalau dapat treatment cepat atau appointment pkul 10pg, pukul 10.00 dah dapat jumpa doktor.. mohon yer kalau terjadi kat sesapa tolong post & share reramai..

teringat iolls demam panas, housemates satu keta pegi hantar iolls ke hospital kerajaan dekat lewat malam pakat tunggu sama2 dekat 3 jam lebih. Rindu dorang..
Quote 234126 19-10-2018 12:50 PM
Ayooo hosp swasta pun if dlm card said 10am bukan means dapat masuk at 10am sharp. Kadang doc kena buat round or ada emergency surgery or emergency pesakit still kena wait laaa. Kadang2 pkl 12-1 baru jumpa doctor. Takda pulak orang merentan2 mcm ni. Baru 1st time dapat appointment hospital ke apa ni.
Quote 234126 19-10-2018 12:50 PM
Ayooo hosp swasta pun if dlm card said 10am bukan means dapat masuk at 10am sharp. Kadang doc kena buat round or ada emergency surgery or emergency pesakit still kena wait laaa. Kadang2 pkl 12-1 baru jumpa doctor. Takda pulak orang merentan2 mcm ni. Baru 1st time dapat appointment hospital ke apa ni.
Quote moonbug 19-10-2018 12:52 PM
Poyo. Klinik swasta berbayar pun kadang-kadang kena tunggu juga kalau dah ramai orang
Quote chazey 19-10-2018 12:57 PM
Edited by chazey at 19-10-2018 12:58 PM
ayjay replied at 19-10-2018 12:18 PM
Sangsi betul kalau doktor punya BI ke laut dalam.


Akak pernah jumpa doktor pompuan muda (houseman ka apa tah istilah tu) sepital gomen BI ke laut.
Quote shernazz 19-10-2018 01:06 PM
Dia xpenah.gi klinik.ke apa?
Normal.la.tunggu gitu.kalau ramai.orang...
Acik acik.darahntinggi kencing maneh pon dok tunggu.lama jugak...
Swasta n gomen.lebih kurang je skang
Kat kpj pon gitu jugak..
Quote matchstick 19-10-2018 01:13 PM
memang lah dh biasa ada yg kena menunggu sampai setengah hari...tapi x boleh nak improve dh ke service gomen klinik or hospital ni.. sebab dh jadi kebiasaan menunggu so kita harus pasrah aje ke
Quote swimswim 19-10-2018 01:19 PM
Aku buat braces total 8k dkt private clinic pun kena tunggu jugak dik kadang2 sejam..tgk severity patients prior to us lah..
Takde aku terpikir nak meroyan dkt Twitter..

Yg byr hat murr ni byk songel plak aku nengok
Quote ayjay 19-10-2018 01:31 PM
chazey replied at 19-10-2018 12:57 PM
Akak pernah jumpa doktor pompuan muda (houseman ka apa tah istilah tu) sepital gomen BI ke laut. ...

Risau kot macam mama dia punya pemahaman apa dia baca. Harapnya oklah kan? But yeah not all doctors are bijak pun.
Quote fushimi 19-10-2018 01:32 PM
staf spital  gomen kaki tidur

kawan aku hantar bapak dia pergi hospital tengah malam

waktu dekat wad kecemasan  semua procedur macam biasa kena ambik darah scan semua

kena tunggu juga but normal la kalau meninggu setakat setengah jam

sekali time nak tunggu result darah keluar bayangkan bapak dia yang tengah sakit tu terpaksa tunggu hampir sampai ke pagi

alasan doktor bagi staf makmal tidur

babi sangat ada staf macam tu.Orang bayar gaji suruh ko buat kerja ni membuta.Kalau nak membuta balik rumah.Dah tahu waktu ko kerja kot
Quote dewi 19-10-2018 01:35 PM
zulka replied at 19-10-2018 12:16 PM
baru sejam...ada org tggu stengahari pun tak bising

kann kalau klinik ibu anak tu lagi seharian kat situ je
Quote meklalala 19-10-2018 02:02 PM
Sebab tu mek tak suka pergi hospital..bagi je lah kepada yang betul betul memerlukan rawatan..setakat demam tu telan je panadol active fast...kalau melarat sampai 3 4 hari baru jumpa doctor..
Quote cairel_azlie 19-10-2018 02:02 PM
laaa normal la sejam...aku kalo nak gi klinik kerajaan selalunya mmg amik cuti pasal dah tau paling cepat setengah hari....haha
Quote Themilo 19-10-2018 02:02 PM
dear bitch, dah tahu ada apppointment sepital, why don't you take leave or request for mc later. Benda ni pun nak kena hajar..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043336 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top