Kredit foto: Google (Gambar hiasan)
Hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati orang ramai. Bagaimana pun, akibat bilangan pesakit yang memerlukan rawatan semakin bertambah ramai, kadang kala ia diluar kemampuan kakitangan perubatan untuk melayan dan memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan. Jadi, ramai yang tahu dan sedia maklum bahawa mereka perlu bersabar dan berlapang dada sekiranya ingin mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Seorang pengguna twitter memuat naik satu status tidak berpuas hati dan begitu marah dengan perkhidmatan sebuah klinik kesihatan kerajaan yang tidak menepati masa temujanji yang diberikan kepadanya. Dia yang datang 15 minit lebih awal dan berharap temujanjinya pada pukul 10 pagi ditepati tetapi setelah lebih sejam menunggu, namanya masih belum dipanggil untuk menerima rawatan.
Macam la tak biasa pergi Klinik Kerajaan?
Ramai netizen yang mengecam status yang dimuat naik oleh wanita ini kerana seolah-olah tidak memahami keadaan di klinik kesihatan kerajaan yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang juga ingin mendapatkan rawatan. Kelewatan nama dipanggil untuk menerima rawatan adalah perkara biasa dan dia sepatutnya tidak boleh menyangka yang dia akan dilayan mengikut masa temujanji tersebut.
Nama tercicir rupanya
Netizen ini cuba untuk mempertahankan situasi wanita tersebut apabila dia teruk dikecam oleh ramai netizen lain. Rupanya nama wanita itu tercicir sehingga menyebabkan dia terpaksa menunggu lama.
Kakitangan perubatan pun bagi respon
Seorang netizen yang merupakan seorang kakitangan perubatan turut memberi respon kepada status wanita ini. Dia berkongsi bagaimana sibuknya kakitangan perubatan ketika bertugas dengan pelbagai masalah pesakit yang perlu diselesaikan. Jadi, wanita ini tidak sepatutnya meroyan di media sosial untuk mengutuk mereka memakan gaji buta setiap masa.
Pergi saja ke klinik swasta kalau nak cepat!
Ada netizen yang mencadangkan dia pergi sahaja mendapatkan rawatan di klinik swasta yang sudah pasti dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan tidak perlu menunggu lama. Jika terlalu sibuk atau padat dengan urusan harian, lebih baik tidak mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan yang pastinya boleh membuatkan diri hilang sabar.
Klinik swasta pun perlu menunggu juga
Malah menurut beberapa orang netizen, walau di klinik swasta sekalipun, ada dalam kalangan mereka yang perlu menunggu lama. Jadi, tidak hairanlah jika terpaksa menunggu walaupun masa temujanji sudah ditetapkan kerana kadang kala kakitangan perubatan sendiri ada perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Jadi, untuk kes bukan kecemasan, harap kalian dapat bersabar dan berlapang dada sekiranya ingin mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Jika ingin melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, gunakan saluran yang sepatutnya untuk membuat aduan agar ia sampai kepada pihak terbabit. Setuju tak? - CARI |