Gara-gara keluarganya menolak sebarang imunisasi, seorang kanak-kanak perempuan 14 bulan di Johor Bahru disahkan meninggal dunia akibat jangkitan difteria.
Kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut, “Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Oktober dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. “Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan." Berita Harian melaporkan, kanak-kanak itu meninggal dunia pada 15 Oktober akibat difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.
“Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal." Buat pengetahuan, penyakit difteria merupakan jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak (farinks/kerongkong), dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut. Susulan itu, KKM menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain. “Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti." -CARI
|
22
Bagus |
18
Marah |
28
Terkejut |
28
Sedih |
18
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT