Seorang wanita dilaporkan berada dalam keadaan berlumuran darah akibat diserang oleh seorang lelaki dengan pisau di Jalan Terasek, Bangsar kira-kira jam 1.45 pagi semalam.
Namun yang menyedihkan, situasi cemas yang dialami mangsa itu langsung tidak diambil peduli oleh jirannya dan perkara itu menimbulkan rasa geram rakan mangsa terbabit yang turut bersama ketika kejadian. Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian mangsa bersama rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum bertembung dengan seorang lelaki bersenjatakan pisau yang dipercayai bersembunyi di belakang kereta. Menurut rakan mangsa, suspek mengacukan pisau di leher rakannya dan ugut akan potong jika buat bising. Tapi suspek terus menikam leher mangsa berikutan mangsa menjerit.
“Dengan keadaan berlumuran darah, kawan saya lari sambil jerit minta tolong beberapa kali. Lelaki terbabit kemudian tahan saya nak minta telefon bimbit serta wang tunai namun disebabkan saya tak ada apa-apa dia kemudian hilangkan diri dalam tempoh dua minit,” katanya. Menurutnya, dia dan rakannya yang mengalami pendarahan serius terus meminta bantuan di unit rumah kawasan berhampiran. “Kami rasa takut untuk terus pulang ke rumah sendiri. Yang sedihnya jiran kawasan itu keluar jenguk namun tutup pintu dan suruh kami ke rumah lain." “Ada juga yang tanya kenapa buang masa dan suruh kami lari ke rumah sendiri. Lihatlah! betapa teruknya dia cedera. Bagaimana kami perlunya bantuan anda,” katanya. Geram dengan sikap jiran yang berhati keras, rakan mangsa tersebut memuat naik gambar mangsa berlumuran darah di Facebook menarik perhatian para pengguna alam maya. Status dan gambar yang mendapat ratusan perkongsian itu menerima pelbagai komen dan rata-rata netizen mengecam sikap kejiranan kerana enggan menghulurkan bantuan.- CARI
|
16
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spankee_fili replied at 18-10-2018 02:24 PM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1128873&extra=page%3D2%26filter%3Dauthor%26 ...
Modngengade replied at 18-10-2018 02:48 PM
akak tak boleh nak close tered yg dibuka oleh wartawan CI iya....darjat mereka lebih tinggi...anta ...
ADVERTISEMENT