Menteri Besar Johor, Osman Sapian mengumumkan projek kontroversi 'jambatan bengkok' yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura bakal dilaksanakan semula selepas projek itu dibangkitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
“Perdana Menteri bertanya adakah kami memerlukan jambatan ketiga? Saya nyatakan, terpulang kepada Perdana Menteri kerana ia ilham beliau sebelum ini." “Perdana Menteri berkata kami boleh bina kerana ia hanya babitkan jambatan di negeri kami. Kerajaan tidak ada halangan serta bersetuju dan kemungkinan besar jambatan bengkok akan diteruskan.” Berita Harian melaporkan, Menteri Besar Johor itu berkata demikian kepada wartawan di lobi Parlimen semalam. Tambah Osman, pelaksanaan semula projek ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan di negeri itu. Mengulas lanjut, Osman berkata, beliau akan ke Singapura bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak lama lagi bagi membincangkan isu air, hubungan dua hala dan pelaburan. Jambatan bengkok atau Jambatan Indah menjadi kontroversi kerana wujud perbezaan pendapat di antara Dr Mahathir dan Najib. Mengikut perancangan asal, jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.- CARI |
17
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
39
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 16-10-2018 10:13 PM
Jambatan bengkok tu idea tun m.. kiranya dpt realisasi juga lepas ditolak badawi, najib.. kan spore ...
alesandra replied at 16-10-2018 11:17 PM
elok la tu... gado lagi ngan singapore.perjuangan belum selesai
Knights replied at 16-10-2018 11:20 PM
pemikiran mahathir jelas jauh ke depan
jambatan bengkok ni penting untuk deal dengan singapore ...
tobby replied at 16-10-2018 11:23 PM
Banyak pulak duit... Subsidi n bantuan rakyat dihentikan. Cukai2 baru nak ditambah. X habis2 dgn a ...
Knights replied at 16-10-2018 11:27 PM
itulah kau tak tahu
bila kapal boleh lalu bawah jambatan bengkok
tobby replied at 16-10-2018 11:44 PM
Kata dah xda duit nak bayar hutang
Knights replied at 16-10-2018 11:47 PM
untuk orang yang berfikiran singkat macam ko
memang lah fikir macam tu
Knights replied at 16-10-2018 11:47 PM
untuk orang yang berfikiran singkat macam ko
memang lah fikir macam tu
tobby replied at 17-10-2018 12:09 AM
Sendiri yg hari2 kompang takda duit nak bayar hutang.. Kami tpaksa perkenal cukai baru utk byr hut ...
ADVERTISEMENT