View: 4161|Reply: 53
|
[Tempatan]
Ke hulu ke hilir hutang RM1 trilion: Kerajaan PH bina semula jambatan bengkok
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok, yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum bersara pada tahun 2003.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, berkata Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan itu jika kerajaan Johor hendak meneruskan projek berkenaan.
“Kami bercadang membina jambatan ketiga dan kerajaan negeri sudah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri bulan lalu.
“Perdana Menteri bertanya adakah kami memerlukan jambatan ketiga? Saya nyatakan, terpulang kepada Perdana Menteri kerana ia ilham beliau sebelum ini.
“Perdana Menteri berkata kami boleh bina kerana ia hanya babitkan jambatan di negeri kami. Kerajaan tidak ada halangan serta bersetuju dan kemungkinan besar jambatan bengkok akan diteruskan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.
Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.
Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi bagi membolehkan kapal kecil melepasi Selat Johor namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.
Projek itu dibatalkan tahun 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Osman berkata, beliau akan ke Singapura bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak lama lagi bagi membincangkan isu air, hubungan dua hala dan pelaburan.
“Kami akan berbincang dengan rakan sejawatan di Singapura bagi mendapat maklum balas mengenai projek ini,” katanya.
Kronologi Projek Jambatan Bengkok
5 Julai 1996: Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan jambatan baharu.
8 Julai 1996: Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong, menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor tidak mengejutkan republik itu.
1 Ogos 1996: Dr Mahathir umum jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin selepas mendapat persetujuan Singapura.
4 September 2001: Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dijangka siap pada tahun 2007.
13 Jun 2004: Malaysia memulakan kerja pembinaan fasa awal.
24 Januari 2005: Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.
27 Ogos 2005: Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.
6 Februari 2006: Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.
9 Mac 2006: Malaysia meneruskan kerja awal pembinaan jambatan berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.
12 April 2006: Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
26 Jun 2010: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.
17 April 2014: Dr Mahathir sekali lagi membangkitkan kepentingan jambatan itu dibina ketika menghadiri sebuah acara di Iskandar Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bengkok macam penduboq lgbt...wakakakkaakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
“Perdana Menteri berkata kami boleh bina kerana ia hanya babitkan jambatan di negeri kami. Kerajaan tidak ada halangan serta bersetuju dan kemungkinan besar jambatan bengkok akan diteruskan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
so, buat halfway je ke kalau singapore tak setuju?
siapa jalan lepas bayat tol berdebuk masuk laut.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga rakyat tak rebah bengkok dgn terbina nya jambatan bengkok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Esok2 tak jadi bayar lagi 50juta kat yg close deal ni |
|
|
|
|
|
|
|
Byk pulak duit atok. Rakyat diberi amaran suruh berkorban utk bajet 2019, kau pi buat kereta proton kedua, buat pulak jambatan bengkok |
|
|
|
|
|
|
|
Jambatan bengkok tu idea tun m.. kiranya dpt realisasi juga lepas ditolak badawi, najib.. kan spore x nak |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 16-10-2018 10:13 PM
Jambatan bengkok tu idea tun m.. kiranya dpt realisasi juga lepas ditolak badawi, najib.. kan spore ...
kalau budak budak wicet nk tahu,sebab kes Jambatan Bengkok inilah mulanya perang Madey terhadap Umno selepas beliau letak jawatan sebelum timbulnya kes kes lain & ending nya beliau join PH ..
kesian korang yang xkenal Tokk M nie lagi ...
Dan sekarang projek ini diteruskan selepas segala projek MEGA Rakyat dibatalkan serta dicanang akan Negara sedang Bankrup !! hahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Pada yang bodoh pasal politik. Pasal jambatan bengkok la madey desak paklah letak jawatan. Pasal jambtan bengkok ni jugak la madey tersinggung dgn najib n sepakat dengan musuhnya jatuhkan najib. |
|
|
|
|
|
|
|
5 tahun lagi tukar kerajaan, semua cancel balik |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu... gado lagi ngan singapore.perjuangan belum selesai |
|
|
|
|
|
|
|
pemikiran mahathir jelas jauh ke depan
jambatan bengkok ni penting untuk deal dengan singapore dalam isu hsr
nanti boleh cakap dekat singapore
u tak nak crooked bridge
then u cancel hsr
senang senang je bleh deal
|
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 16-10-2018 11:20 PM
pemikiran mahathir jelas jauh ke depan
jambatan bengkok ni penting untuk deal dengan singapore ...
Banyak pulak duit... Subsidi n bantuan rakyat dihentikan. Cukai2 baru nak ditambah. X habis2 dgn angan2 projek mega kereta proton kedua n jambatan bengkok |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kau tak tahu
bila kapal boleh lalu bawah jambatan bengkok
ekonomi malaysia meningkat
|
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 16-10-2018 11:27 PM
itulah kau tak tahu
bila kapal boleh lalu bawah jambatan bengkok
Kata dah xda duit nak bayar hutang |
|
|
|
|
|
|
|
untuk orang yang berfikiran singkat macam ko
memang lah fikir macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 16-10-2018 11:47 PM
untuk orang yang berfikiran singkat macam ko
memang lah fikir macam tu
Sendiri yg hari2 kompang takda duit nak bayar hutang.. Kami tpaksa perkenal cukai baru utk byr hutang. Kerajan tpaksa entikan subsidi utk bayar hutang. Sudah lupakah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_shalom at 17-10-2018 08:41 AM
Knights replied at 16-10-2018 11:47 PM
untuk orang yang berfikiran singkat macam ko
memang lah fikir macam tu
Strategik mana pun idea projek tu...dlm keadaan skrg x nampak kperluan itu kritikal..
Dah la dulu kita bayar pampasan sebab x jadi buat....skrg dlm keadaan ekonomi negara x menentu kita nak buat pulak..
Ak tgk..malaysia ni...asal kita x perlu nk mengemis kt org dh cukup syukur...susah malaysia nak maju sebab pemimpin yg btukar ganti tu masing2 nk popularkan diri..
Tlalu banyak pembaziran yg dibuat oleh pemimpin malaysia..
negara luar..projek pembangunn/dasar negara dorg dibuat secara konsisten...btukar 10 kali PM dlm masa stahun pun..x kaco sgt...malaysia ni..tgk la sendiri..
Nak saing pelabuhan singapura..kita buka pelabuhan klang...cer tgk ranking klang vs singapura skrg..sebab nak up kan pelabuhan klang ..semua barang yg patut pegi ke sabah sarawak..kena pegi pelabuhan klang dulu..last2 yg kena tempias sapa?
Skrg nak smbung blk jamb bengkok sebab nk saing singapura lagi? Xpayah la nak saing negara org ni....sampai kiamat malaysia x mampu nk saing negara singapura...asal kita x bangkrap ak dh sujud syukur...
Aku bukan pro sgt singapura...dan dlm hal ketegasan..mmg ak puji tun..
Tp masalah tun ni...kkdg tlebih over....pergi ke US..kutuk2 org...berapa kerat pelabur bminat nk dtg? .masa nk PRU serang x hengat najib smpai skrg malaysia kena tempias...bila dh over dia x kisah apa akan blaku kt rakyat..dia akan ulang skrip..rakyat kena bkorban...dia anak beranak makin kaya...
Skrg nak smbung balik projek dia yg tbantut dulu dan yg mcekik rakyat dulu? Aku ingat atok nak tebus dosa kesilapan dia dulu...bila angkat jd pm..terus nak kereta nasional baru lagi....seingat2 aku sbelum PRu..1 inci pon atok x sebut psl projek keta ni baru ni....naik je jd pm..bila rakyat x setuju sentap..ugut malaysia x akan maju..ambik ko...ini gaya..ada ciri2 org yg dh insaf ke...
Mcm ak cakap...x payan la nk berangan malaysia ni maju...asal x miskin aku dah.sujud syukur...
|
|
|
|
|
|
|
|
KO SAJA NK MENYAKITKAN HATI JE KAN.
dah projek2 jibun & 40 penyamun tu dia cancel maknanya ada la projek lain yg dinaikkan. xkn la lepas cancel pastu duk diam je. kang ko jugak yg bising.
bosan la cai bn ni. suka tgk negara lingkup. berjuang utk parti bn semata2 bosan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir la Mahathir.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|