CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Paskal Vs Badang - Adrian Teh Dikatakan Lebih Bagus Daripada Prof Razak Mohaideen?

19-10-2018 12:28 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5897| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza



Kejayaan filem Paskal mencatat kutipan RM22 juta dalam masa 18 hari memang membuka mata ramai pihak. Bergenre aksi tanpa sebarang adegan cinta meleret membuatkan filem ini berjaya menembusi hati penonton yang dahagakan filem berkualiti. Apatah lagi apabila ia diarahkan oleh anak muda berbangsa Cina, ramai mula membandingkan hasil kerja Adrian Teh dengan pengarah Melayu.
Antara yang menjadi bahan perbualan ialah bagaimana seorang pengarah bergelar profesor di sebuah universiti awam mengarah filem yang langsung tidak berkualiti. Individu yang dimaksudkan ialah Prof.Datuk Razak Mohaideen yang membikin filem Badang tetapi gagal di pasaran. Netizen ini mempersoalkan kelayakan Razak Mohaideen.

Kredit foto: Twitter


Carian Internet

Yang ditimbulkan ialah kredibiliti Razak ketika mengarah, kenapa tidak menghasilkan filem berkualiti seperti yang diajarnya di dalam kelas. Namun, ramai pula pelajar universiti tersebut terasa hingga mengatakan netizen tersebut mahu menyalahkan produksi universiti dalam menghasilkan filem Badang. Namun, bagi yang rasional, mereka menyatakan bahawa Razak sesuai mengajar sahaja dan bukannya mengarah.



Carian Internet

"Bagaimana Prof.Razak mendapat dana UITM yang banyak tetapi hasilnya sampah. Tahukah anda, CEO UITM itu ialah abangnya?"

Timbul pula isu bahawa kutipan tiket Badang  hanya mampu mencatat  RM68,816.17 berbanding kos pembikinannya iaitu RM2.5 juta. Sangat tidak berbaloi walaupun dikatakan ramai pelajar fakulti tertentu dipaksa menonton filem tersebut.




"Filem Prof banyak syok sendiri, pelakon sama, lawak basi."

Ramai juga yang menyatakan Razak Mohaideen gagal mengikut citarasa audien terkini dan tidak mahu berubah. Ini kerana filem-filem lamanya seperti Anak Mami, Lady Boss, Jutawan Fakir boleh diterima untuk zaman itu sahaja. Tetapi, seiring dengan perubahan zaman, formula sama tidak lagi boleh digunapakai.

Oleh itu, bagi penonton di zaman media sosial ini, mereka mengharapkan filem yang mencabar kemampuan mereka berfikir atau pun setanding dengan filem berkualiti di luar negara.


Carian Internet

Jadi, adakah Razak Mohaideen dengan Adrian Teh ada persamaan?
Ya. Mereka berjaya membuat filem box-office pada zaman mereka sendiri. Namun untuk terus kekal relevan sepanjang zaman, setiap pengarah perlu mengikut peredaran zaman bagi memastikan produksinya berjaya. Janganlah pula berkata, penonton yang perlu mengubah diri mereka.


Jadi, kita sama nantikan buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor ini. - CARI 

16

Bagus
22

Marah
28

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cairel_azlie 19-10-2018 01:31 PM
Razak mokidin ajar teori jer boleh la mengarah mmg takder bakat.....sama gak kat hollywood tu pengarah yg power2 bukan ada PhD pun....yg penting ada knowledge dan berbakat...bukan pakar teori...
Quote melnanzz 19-10-2018 01:34 PM
Filem Badang adalah antara filem yg paling bebal tahun ini. Prof Mohaideen ni adalah pengarah yg sangat trajis.
Quote samshik 19-10-2018 01:47 PM
Die ni adalah sejenis kesemakan dlm industri..   Prabihkn duit ja if invest dlm projek syiok sendiri dia.. And badang adalah cter plg hauk utk dekad ini
Quote mixed 19-10-2018 01:54 PM
confirm la paskal lg berquality

Badang sotong + doraemon = Badamon
Quote syidasaleh 19-10-2018 02:21 PM
Letak diri sbg kanak2. Ini first time dengar. I tonton frozen sbg org dewasa je. Takde kena jadi kanak2 bagai. Adoii la kalau dah SS tu apa pun tak boleh
Quote kakuzu 19-10-2018 02:24 PM
bila pulak razak mohaideen ni bagus?
Quote bulanbulat 19-10-2018 02:28 PM
Ada tengok cerita hantu bodoh nama the realms. Ada cop uitm besar kat situ ok. Cerita hantu sendu bodoh, mat saleh berlakon colab sengan siam
Quote siape_aku 19-10-2018 02:44 PM
kamon la....Paskal nak compared dgn badang??? are u kidding me??? jauhnye bukan langit dgn bumi tau.....mcm dh pegi smpai langit...turun ke pluto...balik ke bumi,.....pegi balik pluto 6000 tahun baru balik bumi...pon still jauh lagi.....

hahahahaaha......badang tu DAS yg injek duit ke? ni tanye serius sebab tak minat nak tgk cerita bodoh camtu
Quote MentariSenja 19-10-2018 02:52 PM
melnanzz replied at 19-10-2018 01:34 PM
Filem Badang adalah antara filem yg paling bebal tahun ini. Prof Mohaideen ni adalah pengarah yg san ...

Setuju ngan u Mel...Maaf ya peminat Prof. I tak pernah rasa dia pengarah yg hebat. Filem2 dia memang level.............. *sambung sendiri..huhu..jadi pensyarah ok la kot.
Quote Sham143 19-10-2018 02:53 PM
Teori dan praktikal tk sama..Untuk praktikal seseorang pengarah filem harus kretif dn mempunyai  nilai seni yg tinggi..
Quote tapirbiru 19-10-2018 03:30 PM
wei xleh nak compare la dua director ni..tak layak langsung..kesian student bawah prof ni....kuikuikui
Quote puanbintang 19-10-2018 03:36 PM
badang, tengok hero pun tak lalu..xtaula macamana boleh ambik DAS jadi teraju utama..
Quote melnanzz 19-10-2018 03:36 PM
Seorang lagi pengarah muda yang berbakat ialah Syafiq Yusof yang baru berumur 25 tahun. Filem terbarunya KL Special Force box office dan berjaya mengutip 12.5 juta di pawagam, dan best-seller di iFlix.
Quote 150997 19-10-2018 03:45 PM

sudah terang lagi bersuluh
Quote Mizlyn 19-10-2018 03:59 PM
Title prof tu kot yg dipertikaikan ...
Tapi memang nampak cikai arahan prop eh..prof ni
Quote Orix 19-10-2018 04:06 PM
Tp citer prof ni yg anak mami kembali tu iols suka. Yg ada saiful apek, fasha, waheeda n arwah azean.
Quote palmolive 19-10-2018 04:08 PM
bakat mengarah ni kena ada dlm darah..
contoh mcm abang z lokman


Quote brown_pupil 19-10-2018 04:23 PM
Peliss la.. Razak ni ibarat laughing stok lecturer2 media kat UITM nun..

Lecturer2 otai semua sampai x larat bash..
Quote GigaMom 19-10-2018 05:31 PM
Money laundering selayakny asal ada filem atas kertas
Penjilat dana pun ye

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039167 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top