Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dikebumikan semula kira-kira jam 11 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, lapor Harian Metro.
Menurut laporan media, proses pengebumian itu membabitkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Turut dijangka hadir ialah pegawai Institut Perubatan Forensik Negara, doktor dan pegawai perubatan PPUM serta peguam pemerhati dan ahli keluarga Allahyarham. Jenazah Nazrin digali semula pada 8 Oktober lalu bagi melakukan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas permintaan adiknya, Dr Malek Hassan.
Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kota Damansara akibat letupan telefon bimbit yang dicaj dalam bilik tidurnya. Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh selepas bomba menemui kesan petrol di bilik tidur Nazrin. - CARI
|
16
Bagus |
23
Marah |
16
Terkejut |
27
Sedih |
15
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 15-10-2018 03:12 PM
so apa result post moterm kali ke2?
ADVERTISEMENT