Hujan lebat berterusan sejak tengah malam Sabtu menyebabkan kawasan tanah tinggi di Cameron Highland sekali lagi mengalami tanah runtuh dan hakisan.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3 pagi semalam itu, tiga warga Myanmar dilaporkan maut dalam insiden tanah runtuh di Batu 49 Kampung 3, Terla. Memetik laporan Astro Awani, 2 daripada mangsa adalah wanita dikenali sebagai Naing Vai, 23, dan Mu Aye Aye, 34, serta seorang lelaki dikenali sebagai Aung Thong, 23. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul berkata runtuhan tanah berlaku pada bahagian atas tebing jalan menyebabkan pondok mangsa tertimbus. “Pondok mangsa tidak dapat dilihat akibat daripada timbusan tanah itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Ashari Abu Samah berkata, Thong dan Vai ialah pasangan suami isteri, manakala Aye Aye adalah rakan mereka. "Siasatan awal mendapati semua mangsa yang dipercayai pekerja kebun sedang tidur di dalam pondok yang didirikan di kawasan tidak sah, iaitu di bawah cerun curam." Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira 10.40 pagi sebelum 28 pegawai dan anggota, termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi untuk operasi mencari serta menyelamat.- CARI |
30
Bagus |
28
Marah |
26
Terkejut |
46
Sedih |
27
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tobby replied at 14-10-2018 09:37 PM
di penang jambatan runtuh.. cameron tanah runtuh,.. ap nak jd.. salahkan mussim hujan
sepiITUindah replied at 14-10-2018 09:55 PM
macam kurang sempurna ayat tu bro..
tambah ler...memacam bala sejak PH memerintah
ADVERTISEMENT