CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1696|Reply: 8

[Tempatan] Tanah runtuh di Cameron Highlands

[Copy link]
Post time 14-10-2018 09:24 PM | Show all posts |Read mode


CAMERON HIGHLANDS: Tiga pekerja kebun maut selepas rumah kongsi didiami tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kampung Tiga, Kuala Terla, di sini hari ini.

Tragedi itu mengorbankan dua wanita dan seorang lelaki termasuk pasangan suami isteri warga Myanmar berusia 23 dan 34 tahun yang dipercayai bekerja di kawasan kebun berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 10.40 pagi.

"Polis terima maklumat melalui panggilan telefon daripada orang awam memberitahu tiga rakannya tertimbus akibat tanah runtuh di kampung berkenaan.

"Susulan itu pasukan polis bersama bomba pergi ke tempat kejadian bagi tujuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan polis (tiga pegawai dan tujuh anggota) dan bomba (dua pegawai dan 16 anggota)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, apabila pasukan penyelamat sampai di tempat kejadian jam 11.30 pagi didapati dua mangsa iaitu wanita warga Myanmar sudah dikeluarkan oleh rakan mangsa dan disahkan meninggal dunia.

"Manakala seorang lagi mangsa masih berada di dalam pondok yang tertimbus dan kerja menyelamat dijalankan polis, bomba dengan bantuan masyarakat setempat.

"Jam 1.20 tengah hari mangsa ketiga berjaya ditemui serta dikeluarkan dan disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang tidur di dalam pondok di mana pondok itu didirikan di kawasan tidak sah iaitu di bawah cerun yang curam.

Katanya, hujan lebat menyebabkan berlaku tanah runtuh yang menimbus kediaman mangsa.

Ashari berkata, mangsa dikenali sebagai Aung Thong, 23, dan isterinya Naing Vai, 23, manakala seorang lagi wanita dikenali sebagai Mu Aye Aye, 34.

"Mayat semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata, di sini untuk bedah siasat," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2018 09:37 PM | Show all posts
di penang jambatan runtuh..  cameron tanah runtuh,..   ap nak jd..  salahkan mussim hujan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 09:55 PM | Show all posts
tobby replied at 14-10-2018 09:37 PM
di penang jambatan runtuh..  cameron tanah runtuh,..   ap nak jd..  salahkan mussim hujan

macam kurang sempurna ayat tu bro..
tambah ler...memacam bala sejak PH memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 10:02 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 14-10-2018 09:55 PM
macam kurang sempurna ayat tu bro..
tambah ler...memacam bala sejak PH memerintah

hilton pun runtuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 10:13 PM | Show all posts
Apabila alam sekitar mula memberontak, maka rasailah padahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak bercuti ke cameron.. terpaksa tukar plan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2018 10:29 PM | Show all posts
mukjizat Islam liberal tu ajaran yang benerrr lagi ka? wow this never gets old...wakaakakakkakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:37 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga ketiga tiga mangsa..risau pulak musim hujan ni masih ada lagi kawan kawan mek yang pergi hiking kat cameron..semoga semua dilindungi dan dijauhkan daripada malapelaka macam ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 01:05 PM | Show all posts
bahayanya              
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.072117 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list