Apabila kalian mempunyai masalah kulit muka seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya, pasti kalian akan risau dan mula tercari-cari produk yang dapat menyelesaikan masalah kalian. Tidak dinafikan, terdapat lambakan produk untuk merawat dan mencantikkan kulit yang dijual di pasaran. Pengasas produk dan penjual masing-masing mempromosi keberkesanan produk mereka bagi melariskan jualan. Walaupun kerajaan ada menggariskan peraturan dan kandungan yang dibenarkan sahaja untuk dimasukkan ke dalam produk yang dihasilkan, tetapi masih ada pengasas produk yang menggunakan bahan terlarang dan berbahaya pada kulit. Ia tidak lain dan tidak bukan, untuk memberikan kesan yang cepat dan memuaskan hati para pelanggannya tanpa memikirkan akibat yang perlu ditanggung setelah kulit muka mereka rosak.
Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status mengenai beberapa produk yang diharamkan tetapi masih lagi dijual dalam pasaran.Dia berasa geram dengan sikap pengasas-pengasas produk yang degil dan tidak jujur dalam berniaga yang mana sanggup menipu pengguna semata-mata mahukan keuntungan untuk diri mereka. Lagi 14 produk yang dikesan mengandungi racun berjadual yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Senarai ini telah dikeluarkan di dalam akhbar pada 10 Oktober lalu. Jadi, ia bukanlah khabar angin atau fitnah yang disebarkan ke atas pengasas-pengasas produk tempatan. Netizen sedar yang masih banyak lagi produk kecantikan timbang kilo dijual dalam pasaran. Ini bermakna, orang ramai masih terpengaruh dengan iklan-iklan yang dikeluarkan dan ghairah untuk memiliki kulit yang cantik dengan kos yang murah. Pada awal penggunaan memanglah kulit semakin cantik, tetapi ia hanyalah sementara dan lama kelamaan kulit akan rosak teruk. Jadi, lebih baik elakkan. Ada beberapa orang netizen yang merupakan pengguna kepada produk-produk yang disenaraikan itu berdegil dan masih berani untuk meneruskan penggunaan walaupun ia berbahaya kepada mereka. Mungkin mereka teruja dengan kesan baik produk tersebut kepada wajah mereka sehingga sanggup mengguna dan menangguh untuk berhenti memakai produk tersebut. Jadi, berhati-hatilah memilih dan membeli produk-produk yang dijual dalam pasaran. Jangan disebabkan harganya yang murah dan mampu milik serta teruja melihat testimoni yang ditunjukkan, kalian mudah terpengaruh. Apabila kulit sudah rosak atau berlaku kemerosotan kepada kesihatan badan, lagi besar kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat. Setuju tak? - CARI |
24
Bagus |
24
Marah |
34
Terkejut |
29
Sedih |
38
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makita replied at 13-10-2018 04:22 PM
Wpon byk kempen kt fb..sokabar...percaya la msih ade lg yg baru nk beli n guna produk mercuri ni. Mm ...
ADVERTISEMENT