CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Beranak Duduk Merempat, Dalam Khemah Usang Bawah Jejambat

12-10-2018 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4677| Komen: 25|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sebuah keluarga terpaksa berteduh di bawah jejambat sekitar kawasan Desa Park City, Kepong untuk meneruskan hidup.
Sebuah keluarga terpaksa berteduh di bawah jejambat sekitar kawasan Desa Park City, Kepong untuk meneruskan hidup.

mStar Online melaporkan, keluarga tersebut tinggal di dalam sebuah khemah usang yang terletak di bawah jejambat.


Ia menjadi tular selepas Amaliah Ibrahim yang merupakan guru salah seorang anak dalam ahli keluarga malang tersebut memuat naiknya di Facebook.

Katanya, khemah kecil itulah yang menjadi tempat berteduh buat anak muridnya yang sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah.

“Sudah beberapa hari (dia) tidak hadir ke sekolah. Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri dan lumpur untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.

“Allahuakbar, sedih.. sayu. Insya-ALLAH kami pihak bertanggungjawab akan cuba membantu secepat mungkin,” tulisnya.


Kredit foto: FB Amaliah Ibrahim
Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook,Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan yang pihaknya sudah menerima aduan mengenainya.

Difahamkan pasangan suami isteri terbabit bersama lima orang anaknya terpaksa menetap di bawah jejambat terbabit selepas gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mereka di Flat Flora Damansara.

“Encik Ali bekerja sebagai kerani manakala isterinya suri rumah. Pasangan ini pernah menerima bantuan deposit rumah daripada Lembaga Zakat Selangor sebelum ini.

“Skuad Baitulmal MAIWP akan membantu keluarga ini sebaiknya agar beban ditanggung mereka dapat diringankan." -CARI
11

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 12-10-2018 12:34 PM
Oh kerani bapaknya
Quote foxs 12-10-2018 12:54 PM
Inilah hakikat didunia..."betapa berat mata memandang berat lg bahu yang memikul"...skrang nie xde sapa peduli melainkan lepas viral...jabatan kebajikan, baitulmal, pusat zakat hanya gah dengan kutipan yang diraih bukannya brapa banyak dorang membantu, masing2 selesa keje dlm ekon

Sabar ye dik, nnt dah ada batuan tu, blajar sunguh2.

Quote Artemesiaa 12-10-2018 12:55 PM
Syabas buat pihak sekolah yang perihatin dengan kebajikan murid
Quote babyhubby85 12-10-2018 01:02 PM
keje kerani berapa je gajinya.. isteri tak bekerja pula tambahan anak pun ramai. semoga dipermudahkan untuk keluarga ini
Quote prettyuglybabe 12-10-2018 01:42 PM
bini tak kerja cuba la cari pendapatan sampingan..
jaga anak orang ke.. buat transit ke..
tapi jaga la anak orang elok-elok..
2 orang pun dah cukup..
dapat jugak at least 6 ratus sebulan..
hidup kat bandar ni memang struggle..
orang bujang kerja tetap pun ramai yang part time sana sini..
inikan pulak anak bersusun semua sekolah..
Quote meklalala 12-10-2018 02:08 PM
bukan nak cakap apa la kan tapi bapak n mak nya tu sanggup ya tengok anak2 duk situ..mek cannot brain la this one..please la fikir la perihal anak anak..bagi tempat perlindungan yang selamat..

mek selalu join ngo bagi bantuan homeless, ada 1 malam tu jumpa 1 family dengan baby kecik, baby kecik tauuuu dalam 2 3 bulan duk merempat tepi bangunan, aduhhh geram tapi bila tanya ada je rumah cuma jauh dengan tempat kerja..taknak membazir duit transpot so terpaksa duduk situ..hari minggu balik rumah..tak dinafikan kanak2 usia 10 kebawah suka je sebenarnya duduk situ sebab ramai kawan..tapi tapi tapi bapak n mak cannot la macam tuuuuuuuu...

kalau ada kampung, tolong la hantar anak2 bini duk kampung je, biar bapak je merempat jadi gelandangan..huh!
Quote mawarika 12-10-2018 02:11 PM
Kesian.. bapak kerja kerani. Sekurang-kurangnya bapak kerja juga ya. Bukan jenis buat goyangan n meratib miskin. Syabas.
Quote Bedah.Cun 12-10-2018 02:14 PM
Inilah nasib hidup di bawah pakatan PHitnah
Quote isseliparjepun 12-10-2018 02:21 PM
Tolong la jangan hantar anak ke kampung kerana hidup susah kt bandar. Kenapa nk susahkn mak bapak sendiri jaga anak2 pulak? Nanti nk hantar belanja anak2 dengan orang tua.

Papepun..semoga dipermudahkan mereka ni. Mujur pihak sekolah prihatin. Semoga budak2 belajar bersungguh lepas ni.
Quote merrissa 12-10-2018 02:22 PM
teringat satu kes....

geram pulak bile kekadang ada orang yang ambil kesempatan...mengambil hak org yg memerlukan

ada satu kes ni...deme duk kl...ckp xde rumah duk merempat sana sini dgn anak2

bile di siasat2....rupanya elok je dia ada rumah sendiri atas tanah sendiri kat kampung

saja je dia menjaja citer dia miskin hina bagai

tp aku hrp org ni x cmni la
Quote bomohsiam 12-10-2018 02:32 PM
Edited by bomohsiam at 12-10-2018 02:33 PM
prettyuglybabe replied at 12-10-2018 01:42 PM
bini tak kerja cuba la cari pendapatan sampingan..
jaga anak orang ke.. buat transit ke..
tapi jag ...


Nak jaga anak orang macamana kalau rumah pun setakat khemah nasik ganja repoh saja. Kau pegi la hantar anak kau kasi isteri kerani tu jaga. Ada berani
Quote chicozinn 12-10-2018 03:16 PM
meklalala replied at 12-10-2018 02:08 PM
bukan nak cakap apa la kan tapi bapak n mak nya tu sanggup ya tengok anak2 duk situ..mek cannot brai ...

ada rumah tapi jauh dengan tempat kerja?eh, xkan la xde transport?mak bapak biar lah ikat perut janji anak2 selesa..
Quote meklalala 12-10-2018 03:23 PM
chicozinn replied at 12-10-2018 03:16 PM
ada rumah tapi jauh dengan tempat kerja?eh, xkan la xde transport?mak bapak biar lah ikat perut ja ...

xtau la ada transpot ke takde.tp macam tu ceritanyaa..budak2 pun seronok je tengok duk situ..kalau ngo datang lg dorang seronok sebab dpt banyak makan n mainan..
Quote emily.topaz 12-10-2018 03:27 PM
Kerja kerani, previously duduk kat flat flora dmsara. Walaupon flat buruk tp sewa boleh tahan la utk seorg kerani sbb flat tu kawasan startegik. Semoga lepas ni boleh dpt rumah pprt.
Quote emily.topaz 12-10-2018 03:29 PM
Nmpk dari jauh, khemah tu kemas, tertutup cantik. I percaya the parents still cuba bagi yg terbaik utk anak2 walaupon hanya di dlm khemah. Semoga dipermudahkan..
Quote lipans 12-10-2018 03:35 PM
emily.topaz replied at 12-10-2018 03:29 PM
Nmpk dari jauh, khemah tu kemas, tertutup cantik. I percaya the parents still cuba bagi yg terbaik u ...

agree. parent dia still cuba buat yg terbaik. maybe, bagi mereka, ini hanya sementara utk sebulan dua sebelum cukup duit utk deposit rumah sewa.

Quote CiliPadiSedap 13-10-2018 11:02 AM
daripada mengata tambah dosa baik tekan butang enter maybank2u derma, action is power than onion aunty
Quote jazaa100 13-10-2018 11:11 AM
emily.topaz replied at 12-10-2018 03:27 PM
Kerja kerani, previously duduk kat flat flora dmsara. Walaupon flat buruk tp sewa boleh tahan la utk ...

Iya kan.....

Katalah sewa rm800....gaji kerani rm1800....balance rm1000 tu nk byr duit transport, mkn, susu ank 5org.....api air lg....
Quote batu kikir 13-10-2018 11:48 AM
Zaman 70an 80an....... kerja kerani dengan isteri housewife sepenuh masa dan anak 4-5 orang.....ok je hidup diaorang. Sekurang- kurang duduk rumah murah macam bandar Tun Razak atau flet PPRT. Digelar the “ lower middle income group”...... sekarang kerani dah jadi macam ni. Miskin....serta hidup merempat. Inilah ekonomi ala Jibun yg bodoh tongong menyebabkan kerani dah jatuh kelas dia.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.068456 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top