Pergaduhan antara Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee dengan penduduk Taman Akasia di Kampung Nibong, Melaka yang tular di media sosial baru-baru ini menarik perhatian pelbagai pihak.
Rata-rata netizen mengecam tindakan Adun Pengkalan Batu itu sebagai biadap dan tidak layak menjadi wakil rakyat. Semalam, memetik laporan Berita Harian, Norhizam Hassan tampil memohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata. Selain itu, beliau turut berjanji akan memperbaiki kelemahan diri dan bertekad untuk terus berkhidmat. “Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberikan imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili."
“Suka saya tegaskan sebagai Adun yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya rakyat yang saya wakili dalam kawasan saya.” Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari memohon maaf kepada penduduk terlibat bagi pihak kerajaan negeri dan Pakatan Harapan. Adly membidas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata Norhizam dan tidak wajar dilakukan seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri. Difahamkan kekecohan itu berlaku berpunca dari sekumpulan penduduk Taman Akasia di Kampung Nibong yang tidak berpuas hati dengan penutupan jalan pintas ke Taman Kerjasama di Bukit Beruang.- CARI
|
15
Bagus |
10
Marah |
26
Terkejut |
24
Sedih |
31
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Andyscenes replied at 11-10-2018 11:56 AM
Isu tu selesai ke tidak?
jazaa100 replied at 12-10-2018 07:24 AM
Selesai le.....
Dah maap maap.....
Andyscenes replied at 12-10-2018 08:06 AM
Jalan tu tutup or still buka?
ADVERTISEMENT