Berita enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terkorban pada minggu lepas benar-benar mengejutkan ramai pihak. Selain ucapan takziah, ada juga pihak yang mempertikaikan keupayaan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dalam insiden berkenaan.
Terbaru, sebuah kenyataan di Facebook berjaya menarik perhatian, mendakwa apa yang berlaku adalah berpunca daripada gangguan jin di lombong tersebut. mStar Online melaporkan, pengendali akaun Facebook Rawatan ILahana, Sa'ad Jaafar, 45, menyatakan dia berasa pelik selepas membaca berita kematian tersebut. "Setelah terbaca berita dalam talian mengenai insiden itu, saya berasa pelik sebab enam orang anggota mati lemas sekali gus.
"Apa yang saya tahu mereka memang mempunyai kepakaran berenang dan menyelam, saya rasa macam ada yang tak kena dengan mereka. "Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu," terangnya. Sa'ad juga mendakwa pihaknya sudah menangkap ketua jin dan ahli-ahlinya sebelum disimpan dalam satu penjara khas yang berada dalam alam ghaib. "Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari. "Kami 'belasah' cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terkorban. "Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas." Tambah Sa'ad lagi, setiap manusia ada jin mereka tersendiri. "Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak. "Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah. "Bagi yang dah tak ada jin ganggu, untuk elakkan diganggu yang lain pula, kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama." Saad dan rakannya, Mohd Azim Adam, 47, melakukan tangkapan jin tersebut dengan seikhlas hati dan tidak mengharapkan balasan apa-apa. Namun bagi rawatan persendirian, pihaknya akan mengenakan bayaran bermula RM200. -CARI |
36
![]() Bagus |
35
![]() Marah |
23
![]() Terkejut |
26
![]() Sedih |
19
![]() Lawak |
41
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama
buapakperut replied at 11-10-2018 11:32 AM
lahana kevlahanat
EncikRhoma replied at 11-10-2018 04:30 AM
14 juta ekor jin dia lawan macam tu je? hebat
ADVERTISEMENT