Walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu, bintang ahli politik muda, Jo-Anna Sue Henley Rampas, 29, terus menyinar apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan Negeri Sabah. Perlantikan Jo-Annna dan 18 orang Setiausaha Politik baru berlangsung semalam di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disaksikan oleh Ketua Menteri dan barisan menteri kabinet negeri yang lain. Sebelum berkecimpung dalam bidang politik, Jo-Anna lebih dikenali sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Kaamatan dan Naib Juara Bintang RTM. Beliau kemudiannya meninggalkan dunia seni dan menyambung pelajaran sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti terkemuka, University of London dan Sarjana Undang-Undang (Masters of Law) daripada University of West England. Selepas bekerja sebagai pegawai undang-undang di Samsung Milk Music selama beberapa tahun, anak kacukan British-Sabah ini kembali ke negeri kelahirannya dan mula terlibat secara aktif dalam pelbagai kegiatan komuniti dan kemasyarakatan di Daerah Kiulu. Beliau kemudiannya dipelawa menjadi Ikon Belia bagi Parti Warisan, sebuah parti di bawah Pakatan Harapan sebelum menjadi calon parti itu pada PRU14 yang lepas. Dalam majlis perlantikan itu, YAB ketua menteri menggesa semua Setiausaha Politik yang baru untuk setia dan bekerja keras untuk kementerian masing-masing dan Kerajaan Negeri. Nampaknya dengan perlantikan ini, Jo-Anna akan terus melupakan dunia nyanyian dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada dunia politik. Semoga berjaya diucapkan! - CARI |
10
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alesandra replied at 26-11-2018 10:11 PM
sapie tu gatai. perlu diingatkan selalu yg joanna tu bini org
tikusmontok replied at 27-11-2018 09:22 AM
byk skandal ekk dia ni
tikusmontok replied at 27-11-2018 09:22 AM
byk skandal ekk dia ni
tikusmontok replied at 27-11-2018 09:22 AM
byk skandal ekk dia ni
ckenj replied at 27-11-2018 05:57 PM
rampas nama dia jugak..ingt dia rampas jawatan...haiyaa...
ADVERTISEMENT